halwa telinga

Saturday, December 7, 2013

::Usrah dan Aku::

Assalamu’alaikum…

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Setiap orang pasti ada kisah penghijrahan masing-masingkan. Berhijrah dari yang kurang baik kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik. In shaa Allah. Begitu juga diriku yang juga melalui arus perubahan berkat hidayah dan rahmat kurniaanNya .Alhamdulillah. setiap orang itu berbeza perjalanan hidupnya. Tetapi percayalah, Allah mengaturkan sesuatu yang cukup indah buat kita hamba-hambaNya. Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui sebab itu Allah memberikan sesuatu yang kita perlukan bukannya apa yang kita inginkan. Bersyukurlah kita menjadi insan yang terpilih untuk menerima hidayahNya daripada beribu-ribu orang yang di luar sana yang masih terkapai-kapai mencari sinar kehidupan mereka. Alhamdulillah.

Apa yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca sekalian adalah mengenai usrah. Kebanyakkan orang mempunyai pelbagai persepsi berbeza terhadap usrah samada positif dan negatif. Termasuklah diri sahabat saya(minta dirahsiakan namanya) yang tidak pernah terdedah dengan dunia usrah sebelum ini.

Ikuti perkongsian kisahnya..in shaa Allah.

 Dulu aku hanya bersekolah harian biasa, memang tiada gerakan usrah yang dibuat. Jadi, aku tidak tahu apa yang mereka buat apabila usrah dan mulalah timbul pelbagai persoalan di benakku ini.

Apabila masuk universiti, kulihat usrah semakin giat dijalankan dan di universiti, aku ditakdirkan mendapat seorang rakan sebilik yang bertudung labuh dan memang komited terhadap usrah. Suatu hari aku bertanya kerana sering melihat dia keluar di hujung-hujung minggu. Waktu itu, aku tidak tahu bahawa dia mengikuti usrah.

“Kilah, awak nak pergi mana ni?” tanyaku tika melihat dia bersiap-siap. Dengan senyuman dia menjawab.

“Saya ada usrah pagi ni, awak nak ikut sekali?jomlah.” aku hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan alasan hari itu aku mahu siapkan tugasan. Kilah hanya mengangguk tanda memahami.

Aku merasakan jika aku ikut sekali, pasti aku seorang yang bertudung kecil. Bagiku, usrah ni hanya untuk golongan bertudung labuh kerana rata-rata yang kulihat mereka yang ikut usrah memakai tudung besar, paling kecil pun mungkin bidang 50. Keadaan itu membuatkan aku menjadi segan untuk meletakkan diri aku sebaris dengan mereka, tambahan lagi, aku juga ber’couple’. Bisikan syaitan lagi.

‘Kalau kau masuk geng diorang, mereka akan memaksa kau putuskan hubungan kau dengan teman lelaki kau, apa yang kau suka buat sebelum ni, kau takkan dapat buat lagi selepas ni..’Aku mendengar kata-kata itu dengan tidak melibatkan diri dengan geng usrah meskipun, Akilah tidak pernah berhenti mengajakku iku bersama.

Suatu hari, tergerak di hati ingin bertanya kepada Akilah mengenai usrah. Entah kenapa hati ini meronta-ronta mahu mengetahui apa yang dibuat sewaktu usrah sehingga seorang rakan baikku , Diana berubah menjadi seorang yang lebih baik setelah mengikuti usrah. Padahal dulu, Diana dan aku mempunyai persepsi yang sama mengenai usrah dan style kami juga sama.

“Kilah, boleh saya tanya sikit pasal usrah?” Akilah yang ketika itu sedang membaca buku terus terhenti lalu menumpukan perhatian padaku menunggu aku meneruskan kata-kata.

“apa yang korang buat  bila usrah?”soalku ringkas.

“Macam-macam yang kami buat..tadabbur, perkongsian ilmu, rehlah, main-main, mabit dan macam-macam lagi. Saya rasa kalau awak ikut sekali, awak akan tahu apa yang kami selalu buat.

‘mabit?rehlah?tadabbur?apa tu?kenapa aku tak pernah dengar perkataan-perkataan tu?’aku bertanya pada diriku sendiri. Malu untuk kuluahkan persoalan-persoalan itu. Aku membiarkan ianya menerawang di benakku.

“seganlah saya mahu ikut sekali, saya tak baik macam awak dan macam yang lain-lain..”ujarku merendah diri.

“kenapa fikir macam tu, kami-kami pun tidak baik tapi sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk ke arah yang lebih baik. Sebenarnya, dengan usrah ni, kita dapat saling menegur dan menasihati tentang sesuatu perkara. Rasulullah s.a.w dulu pun ada usrah. Usrah itu sunnah Rasulullah s.a.w”

‘Rasul pun ada usrah?’aku bermonolog lagi. Kagum kerana insan semulia Rasul pun masih ikut usrah. Inikan pula kami manusia yang selalu berbuat dosa. Minatku semakin kuat untuk mengetahui tentang usrah.

“betul ke selepas kami join usrah, nanti kami tak dapat lagi nak buat apa yang selalu kami buat?”

“itu sejauh mana diri kita ditarbiah dalam usrah. Itu bergantung kepada tahap kesedaran kita samaada apa yang kita suka buat itu memberi kebaikan kepada kita atau sebaliknya. Jika memberi kebaikan maka teruskanlah, jika tidak, maka kita kena usaha untuk menjauhinya. Naqibah tidak hanya menyampaikan dan memberi peringatan kepada kita berpandukan Al-Quran. Saya nak ajak awak join sekali?mungkin awak akan lebih jelas tentang peranan usrah yang memang penting masa kini?” panjang lebar penerangan Akilah kepadaku. Aku mulai merasakan ada betulnya kata-katanya itu. Mungkin aku akan lebih faham lepas ni. Aku lalu menganggukkan kepala tanda setuju.

‘Don’t judge  the book by its cover ’ . Pepatah Inggeris yang kena dengan diriku saat itu.

Hatiku berdebar-debar saat dibawa oleh Akilah ke tempat usrahnya. Kedatangan kami disambut dengan mesra dan senyuman dari anak-anak usrah yang lain. Mereka saling menyalami dan berpelukkan da kemudian berlaga-laga pipi saat bertemu. Aku tidak pernah begitu. Mereka melayanku seolah-olah sudah lama kenal. Saat itu aku merasakan ukhwah antara mereka yang tidak pernah aku rasakan.

‘kita akan menemui diri kita yang sebenar ketika di universiti, bergantung kepada dengan siapa kita berkawan. Jika sahabat yang kita pilih itu baik, maka kita akan terdorong ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya. Jadi pilihlah sahabat yang berupaya mendekatkan diri kita kepada Allah dan jadilah sahabat yang baik untuk turut mengajak sahabat-sahabat kita yang lain  ke  arah kebaikan dan mendekati Allah’

Aku memandang Akilah yang sedang asyik mencatit kata-kata naqibah. Hati aku terasa bagaikan disentap. Selama ini, rakan yang aku temui hanya untuk ketawa bersama-sama. Tanpa disedari, kolam air mata mulai bergenang. Entah kenapa, airmata begitu murah waktu itu. Sudah lama kukiran, aku tidak keluarkan airmata ini. Mujurlah tiada siapa yang menyedari keadaan itu.

‘Semakin kita ingin berubah kea rah kebaikan, semakin banyak ujian untuk kita. Kakak nak antum semua tahu yang ujian itu adalah untuk menguji keteguhan iman kita untuk berubah. Teruskan bermujahadah. Sungguh mujahadah itu payah, kerana syurga itu manis. Saat itulah kita perlukan sahabat-sahabat untuk saling menguatkan kerana bimbang kita tidak tahan dengan ujianNya yang mungkin berupa kritikan, herdikan dan sindiran daripada orang sekeliling. Waktu itulah sahabat berperanan penting.’

Aku memandang Akilah lagi. Kali ini kami saling berpandangan dan Akilah kemudian menggosok-gosok bahuku. Terasa ada kekuatan yang mengalir dalam tubuhku. Kini aku merasai nikmatnya usrah bersama-sama mereka yang mencintai Allah dan mencari keredhaan Allah. Selama ini aku hanya memikirkan dunia tanpa memikirkan makanan untuk rohaniku yang kering kontang.


Kini, aku sudah beberapa kali mengikuti usrah dan begitu banyak perubahan yang aku lakukan dalam hidupku. Di dalam usrah ini, aku menyaksikan banyak airmata yang mengalir yang menyedari kesilapan masa lalu. Betapa banyak pengalaman yang dikongsi oleh mereka-mereka sebelum mereka kembali kepada jalan Allah. Ternyata, masih ada insan-insan yang menempuhi saat-saat yang lebih sukar dariku semata-mata untuk mencari redha Allah dan untuk merasai nikmatnya sebuah hidayah dari Allah itu.

Aku bermula dengan tudung bidang 50, dan perlahan-lahan kepada bidang 60. Sungguh kutidak percaya apa yang terjadi pada diriku sekarang. Prosesnya agak sukar kerana aku terpaksa berdepan dengan sindiran demi sindiran dari rakan-rakan sekuliah. Mujur ada Akilah yang menguatkan aku untuk teruskan perubahan ini. Saat yang paling sukar buat aku ialah saat mahu memutuskan  perhubungan dengan teman lelakiku. Tidak mampu kuluahkan dihadapannya, lalu kusampaikan melalui surat dan SMS. Aku turut mengajaknya untuk berubah sama. Namun herdikan yang kuterima. Dia tidak dapat menerima perubahan pada diriku dan dia memarahi diriku kerana mudah terpengaruh dengan geng usrahku hingga dengan mudahnya melupakan perhubungan istimewa kami . Tuduhan demi tuduhan terpaksa kuhadapi. Aku akui bukan mudah untuk berubah. Inilah harga yang perlu aku bayar untuk untuk mendapat redhaNya.

‘Allah akan bayar apa yang kita hadapi ini dan setiap peluh yang kita keluarkan untuk menutup aurat kerana mematuhi perintahNya  di akhirat..in shaa Allah.’ kata-kata semangat dari Akilah. Dia amat memahami keadaanku waktu itu. Aku bersyukur kerana Allah menghadirkan dirinya.

Kini, waktu-waktu sedih sudah pun berlalu pergi. Aku lebih tenang dengan jalan yang baru ini. Allah telah menunjukkan padaku siapa sahabat dan siapa kawan yang sebenar. Kurasakan begitu indah takdir hidupku. Alhamdulillah , keluargaku menerima perubahan diriku dengan lapang dada dan turut menguatkan aku. Aku bersyukur kerana ibu dan kakakku juga mempunyai niat untuk berubah kepada yang lebih baik. Aku ingin melempiaskan aura-aura kebaikan ini kepada sesiapa sahaja yang kutemui. Ibaratnya, jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita juga akan turut dipercik oleh wanginya. teringatku dengan kata-kata naqibah, Kak Yusra.
******************************************

(sekadar gambar hiasan)

‘Apa sahaja yang kita korbankan semata-mata kerana Allah, in shaa Allah, dia akan menggantikan sesuatu yang lebih baik’

Kukira apa yang kukorbankan terlalu sedikit dibandingkan nikmat yang terlalu besar yang dianugerahkannya iaitu nikmat Islam dan Iman. Nikmat menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w adalah nikmat yang paling besar. Tanpa perjuangan dan jerih payah Nabi kita, kita takkan dapat merasai Islam sekarang ni..Alhamdulillah.

Persepsi bahawa “geng usrah untuk geng tudung labuh dan untuk orang-orang baik” sahaja itu harus diperbetulkan. Kerana ukuran iman dan takwa bukan pada tudung dan kopiah yang kita pakai, tapi pada hati kita. Sesiapa yang ingin berubah kepada kebaikan seharusnya mencari jalan untuk menggapai hidayah samada melalui usrah dan majlis-majlis ilmu. Memang tak dapat dinafikan, bahawa tidak semua perempuan yang bertudung tu baik, tapi perempuan yang baik pasti akan bertudung dan menutup aurat. Kita adalah golongan yang sangat mudah masuk ke syurga , dan paling mudah juga masuk ke neraka. Jika kita tidak menjaga aurat kita, tidak hanya kita yang akan ke neraka, malah ayah, abang, adik lelaki dan saudara-saudara lelaki kita akan turut sama terheret ke neraka. Nauzubillah. Semoga Allah memelihara kitaa dari azab api neraka. Semoga kita sama-sama menjadi ‘penjual wangian’ yang bias memercikkan wangian kepada insan-insan lain agar turut merasai wanginya ‘haruman’ itu iaitu haruman syurga.

"Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkan istighfar, kerana sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu golongan yang paling banyak sekali antara AHLI NERAKA."
- HR Bukhari dan Ibn Majah


Allah. Kisah di atas ialah sedikit perkongsian dari sahabat saya sebenarnya yang mendapat hidayah melalu penyertaannya dalam usrah. Jalan kita untuk masuk syurga tidak perlu bayaran apa-apa melainkan mujahadah kita. Saya tidak dapat menceritaka detail mengenai siapa sahabat yang saya maksudkan. Yang penting, sedikit sebanyak mudah-mudahan dapat mengetuk pintu-pintu hati insan yang mungkin juga masih tercari-cari. Lazimkanlah diri ke majlis-majlis ilmu. MasyaAllah banyak ilmu yang bakal kita perolehi untuk rohani kita. In shaa Allah. Barakallahulakum. 

No comments:

Post a Comment