Dengan nama
Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Assalamu'alaikum...ada sesuatu yang ana ingin sharekan kepada semua...ketika sedang scroll bahagian post sahabat-sahabat di fb, ana terjumpa satu video yang menceritakan kisah ini...ana terasa mahu berkongsi coretan video itu lalu ana memindahkan video itu kepada tulisan agar sahabat-sahabat dapat membacanya. Alhamdulillah...hampir dua jam proses pemindahan..berjaya dengan izinNya...sungguh bertuah kak Syamimi kerana diberi keistimewaan untuk bertemu insan agung, Rasulullah s.a.w...itu bahagian beliau..bahagian kita? Wallahu'alam...
selamat menyuburkan cinta kepada Rasulullah s.a.w buat akhwat dan ikhwah di bumi anbiya'...:)
______________________________________________________
Apa yang
ingin kukongsikan ini adalah berkenaan sebuah pengalaman yang berharga oleh
insan yang terpilih untuk bertemu dengan Rasulullah s.aw melalui mimpi hari
Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 ogos 2006. Nama yang dipilih oleh ayah beliau
Syamimi yang bermaksud “kesayanganku”, gelaran Nabi kepada puteri kesayangan
baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun
kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik beradik.
Alhamdulillah , Al-Quran 30
juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun
untuk menghafal habis 30 juzuk al-Quran ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau
menghafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu dan ayah beliau yang amat
mengharapkan ada seorang dalam kalangan anak-anaknya yang menjadi hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik. SubhanaAllah.
Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmik dengan ustaz di
sebelah rumahnya di sana. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-undang
Syariah di universitinya. Beliau diuji
dengan penyakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya
rasa seperti tikam-tikam dengan pisau di
bahagian tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit di bahagian lutut sejak
8 tahun lalu yang tak pernah sembuh.
Pernah satu
ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari
kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Dah lama
dia tak berdaya ke kelas disebabkan sakitnya yang membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hamper 13
kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi wudhu’ 2 hingga 3 kali sehari .
Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari-hari yang
dilaluinya beliau penuhi dengan membaca Al-Quran dan qiyamulail sebagai
pendinding daripada gangguan yang berterus-terusan menyakitinya.
Diceritakan makhluk-makhluk
itu akan menganggunya terutama sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau
dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doctor-doktor
pakar, dengan ulama’ yang faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir
sekali dengan seorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan,
setiap kali beliau sakit, perbanyakkan membaca Al-Baqarah. Pada Khamis itu,
beliau berniat untuk hadir ke kuliyah sebab dah terlalu lama tak mampu ke
kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit
kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah
dindng dan apa yang mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau
jatuh tersungkur, terasa seperti ada yang menolak keras daripada belakang . Waktu
itu, beliau sudah tidak mampu untuk berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik.
Sampai sahaja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu
itu, disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau
niatkan ,” Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya
Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada
Rasulullah s.a.w sendiri.” Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke
dalam bilik dan dibaringkan di sana. Waktu itu, sahabat-sahabat dah forward
mesej kepada kawan-kawan lain agar bacakan surah yasin sebab beliau dah nampak nazak.
Semua dah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarga untuk dihubungi kiranya
apa-apa berlaku dengan izinNya. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dengan
tenang dalam waktu qoilullah, dalam tidur beliau, beliau terbaring dalam
keadaan beliau memakai telekung dan tangannya qiam seperti dalam solat di
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah
dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali. Wajahnya
subhanaAllah, indah sekali, tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Beliau tertanya-tanya,
siapa orang ini, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang
dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang
ditanggungnya lenyap begitu sahaja.
Kemudian hamba Allah itu mengatakan ,
“Assalamau’alaikum,
ana Rasulullah”
subhanaAllah,
Baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jbbah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu Baginda Nabi,
janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda.
Kemudian Nabi katakan..
“enti fil
masjidi ..(sekarang enti (kamu) berada di masjidku, masjid Nabawi)”
Allahuakbar.
Kemudian Baginda Nabi s.a.w berkata:
“
QalAllahuta’ala; “InnaAllahama’ assobirin”,- (sesungguhnya Allah bersama dengan
orang-orang yang sabar).”
Ketika mendengar
suara Nabi mengalunkan kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh
alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan.
Nabi katakan : “In Lughatul ‘arabiyah, diterjemahkan..), “Ya Syamimi, dengan
berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan
berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati enti, maka Allah bukakan hijab
enti untuk Nampak ana”.
Ketika Nabi
sebut :”Ya Syamimi, terlintas di hatinya, ‘ Ya Allah, Baginda kenal ummatt
Baginda’. Ya Rasulullah..waktu itu, dirasakan baiknya Allah memberikan nikmat
yang begitu besar buat dirinya. Kmeudian Nabi katakana, “sampaikan salamku buat
sahabat-sahabat seperjuangan Islam, in shaa Allah, kita semua akan brjumpa
nanti”.
Lpas itu,
nabi lafazkan .”Ummati..ummati..ummati..” dan beliau Nampak Nabi menangis dan
beberapa titisan air mata Nabi yang suci mengalir untuk ummat Baginda. Kemudian
Banbinda pergi. Beliau merintih ,”Jangan pergi Ya Rasulullah”. SubhanaAllah,
walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi kita mulia, Baginda kenal kita dan
sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakana tak pasti, apakah Baginda
menangis kerana rindu kepada ummat Baginda, atau mungkin saja Baginda amat
sedih dengan ummat akhir zaman ini..Wallahu’alam..sedar daripada tidur yang
amat indah pengisiannya, beliau dikelilingi oleh kawan-kawan yang terdengar
rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasulullah”.
Kemudian beliau
pun menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan
salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua menangis lantaran rindu kepada
Rasulullah s.a.w. Rasa malu kerana kita jarang-janrang ingat pada Baginda
s.a.w, sedangkan kita amat terhutang budi kepada Baginda Nabi. Lebih-lebih
lagi, kita sedar bahawa syafaat Baginda yang akan kita kejar di akhirat kelak.
Ya Allah waktu itu, takde kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah
untuk dirafa’kan pada Allah atasnikmat yang begitu besar yang Allah berikan
pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya
sedikit brbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada
kalimah pujian yang lebih tinggi dri Hamdallah, pasti akan beliau sebutkan buat
Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam rahmatNya yang melimpah ruah.
Ketika itu
asa sakit masih menular di tubuhnya, Cuma kali ini dia bertekad tidak akan
menangis lagi untuk kesakitan ini. Kemudian, usai solat zuhur, rasa sakit yang
beliau tanggung makin heba. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu
rupa. Terasa panas seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya.
Kalau dulu, beliau menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau
pujuk diri untuk tidak menangis. ‘ Apalah sangat sakit yang aku tanggung ini
beranding denagn nikmat yang Allah berikan untuk melihat Baginda Nabi s.a.w’.
Kemudian, beliau tidur dan terus beliau rasakan berada di tempat yang biasa
hadir di sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan : “ Ya Allah ..apa
lagi ynag Engkau bagi buat hambaMu yang hina ini, rasa malu sangat denganMu ya
Allah..”.
Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berbaju hijau. Salah
seorang daripadanya mengatakan “ Assalamu’alaikum Ya Syamimi, Rasulullah
sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasulullah s.a.w. “Nahnu Khulafa’
Ar-Rasyidin”. Ana Abu Bakar, ini Umma al-Khattab, Uthman bin ‘Affan dan Ali”. SubhanaAllah
, Saidina Abu Bakar memperkenalkan dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yang
mulia. Beliau Nampak, Saidina Abu Bakar , amat lembut perwatakkannya, Saidina
Ummar dengan wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina
Ali yang agak kecil orangnya.
Para sahabat
mengatakan “ Kami diutuskan oleh Baginda Nabi untuk membantu enti”. Kemudian keempat-empat sahabat Nabi membacakan ayat
ke-102 daripada surah Al-Baqarah yang
bermaksud :” Dan mereka mengikuti ap yang
dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman tidak kafir
tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada
manusia dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut
dan Marut. Padahal keduanya tidak
mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ Sesungguhnya kami
hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir. Maka mereka mempelajari
dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami)
dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mecelakakan seseorang dengan sihirnya
kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu , barang
siapa yang membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan dapat keuntungan
di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka menjual dirinya dengan
sihir, sekiraya mereka tahu”.
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi
menghembuskan pada makhluk-makhluk yang sedang menganggu beliau dan mereka
semua hancur terbakar. SubhanaAllah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yang
sakit dulu ditukarkan oleh Allah dengan
tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang dah lebih setahun ditanggung
beliau dengan sabar.
Kemudian Saidina
Abu Bakar mengatakan “inilah ganjaran yang besar dari Allah buat orang-orang
yang sabar”. Kemudian para sahabat Nabi yang mulia pun pergi. Selesai mimpi
yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus bangun dan duduk. Kawan –kawan sebilik pelik, kenapa beliau
dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh
beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah dengan mudah beliau bangun berdiri dan
berjalan di sekitar bilik.
“Ya Allah
penyakit ana dah sembuh”. Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan
menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’’. Dengan tubuh
yang ‘baru’ beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberikan
tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hambaMu yang bersyukur atas
nikmat yang Engkau berikan”.
Beliau katakan
kepada kami: “ Adik-adik, wajarlah para sahabat nabi yang mulia sanggup mati
demi mempertahankan nabi. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai 5
minit pon dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk jer
di bilik untuk beribadah kepada Allah dan mengenangkan wajah Nabi yang mulia. Tapi
menyedari banyak lagi tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ini, maka
hidup mesti diteruskan. Sekarang I hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ini walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak,
bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakana
:”tak rugi kita bersabar…”
___________________________________________________________
(^^,)v
betul..tak rugi kita bersabar...Allah akan meninggikan darjat hambaNya yang bersabar...=)
mari sama-sama kta doakan agar kita menjadi orang yang dipilh Baginda untuk mendapat syafaatnya di akhirat kelak..amin...In shaa Allah...
suburkanlah selawat kepada Rasulullah s.a.w...Betapa Rasulullah amat merindui kita ummatnya...rindukah kita pada Rasulullah s.a.w?? muhasabah diri balik...suburkan cinta pada Baginda Nabi s.a.w....
No comments:
Post a Comment