halwa telinga

Saturday, May 18, 2013

www.tudungnur.com : ceritaku dan tudung bidang 60.

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum Warahmatullahiwabarakatuh...


Mengapa Saya Bertudung labuh??




" tak semua wanita yang menutup aurat itu baik, tapi wanita yang baik pasti akan menutup auratnya kan...=)"

Suatu hari kubuka loker almariku, kulihat tudung-tudung labuh yang cantik tersusun pelbagai warna...hatiku tersenyum..bibir mengucapkan alhamdulillah..tidak kusangka aku akan menjadi pemilik tudung-tudung ini..Allahuakbar..aku bersyukur sangat kerana Allah memilih aku untuk menjadi salah seorang hambaNya untuk menerima hidayahNya...alhamdulillah..kuharap lebih ramai muslimah yang berubah di luar sana..:)

"Kak, akak memang bertudung labuh sejak dulu erk?"seorang adik bertanya kepadaku..Aku tersenyum mendengar soalan itu..lantas menggeleng perlahan.

"tidak sayang..Akak baru 3 tahun..sungguh bertuah insan-insan yang sudah menyedari keindahan bertudung labuh sejak awal-awal lagi.." ujarku. Sebenarnya aku agak cemburu melihat sahabat-sahabatku yang sudah memakai tudung labuh sejak di awal usia mereka..

"Keimanan seseorang bukan terletak pada labuhnya tudung seseorang itu.." seorang kakak menasihati membuatkan aku terfikir sejenak...Aku tersenyum seraya mengangguk faham.

"Sara..macamana awak mula bertudung labuh ea? mula-mula awak rasa malu tak?'seorang sahabat bertanya kepadaku. Aku memahami dilema yang dihadapinya..dia juga berniat untuk memakai tudung labuh sepertiku dan seperti muslimah-muslimah di luar sana..Aku bersyukur kerana aku kini berada di kalangan mereka..Alhamdulillah..


"jadilah mawar berduri yang menjadikan duri itu perisai dirinya ..."

Aku memulakan ceritaku..semoga sedikit pengalamanku ini akan memberi sahabatku sedikit inspirasi dan kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik...in shaa Allah..bila hidayah Allah sudah kita rasakan, jangan dilepaskan begitu saja...

Aku mula kenal tudung labuh sejak berada di Kolej Matrikulasi Perlis. Allah itu sangat baik sebab bila kita ingin berubah menjadi baik, DIA akan mempertemukan kita dengan orang yang baik-baik..Alhamdulillah, di KMP , aku mendapat kenalan yang bertudung labuh. Hatiku dijentik rasa yang luar biasa melihat mereka bertudung labuh..Aku merasakan seperti ingin menjadi seperti mereka..tetapi waktu itu aku masih tidak punya kekuatan untuk memulakannya..Aku tidaklah "up to date" sangat lantaran aku sangat-sangat malu untuk mengenakan pakaian yang membungkus tubuh ini..Aku berasa tidak selesa dengan mata-mata yang melihat yang semestinya mata kaum Adam..Aku juga amat bersyukur, walaupun aku biasa-biasa sahaja, tetapi aku bebas dari budaya couple. Walaupun kadang-kadang hati merasa teringin. Tapi semua itu fitrah manusia. Cinta, rindu , sayang, benci, marah, geram, malu..semua itu fitrah manusiawi.

Sahabat kelasku hanya beberapa orang yang mengenakan tudung labuh. Mereka dari sekolah agama. Fikirku semua yang bertudung labuh ni mesti dari sekolah agama. Sebenarnya tidak semuanya. Tudung labuh ini bukan hanya untuk budak sekolah agama, ustazah-ustazah sahaja, tetapi untuk semua.

Alhamdulillah, kakiku rajin melangkah ke Masjid Al-Falah di KMP, di situ kutemui lagi insan-insan yang bertudung labuh. Aku merasa bahagia berada bersama mereka. Mereka sangat melayan baik aku yang hanya bertudung biasa tika itu. Terjalinlah sebuah ukhuwah bersama mereka. Rahimah, Zaharah, Aini, Nadiah, Nabila, Asma, Nazihah, Saadiah, dan ada lagi, tetapi ingat-ingat lupa namanya. Kadang tertanya-tanya jugak, tidak panaskah berpakaian sebegini? tapi pertanyaan itu berlegar-legar dalam hati jela. Di KMP, aku mula mendapat tarbiyah dengan menghadiri usrah-usrah dan aku mula membeli baju muslimah dan tudung bidang 50. Aku mula kenal handsort dan stoking. Memang mahal. Sebab syurga Allah itu mahal.

Tarbiyah mengekoriku sehingga ke Universiti. Aku masih bertudung biasa. Tiada yang mendorongku untuk bertudung labuh, kerna rasa hatiku ini didorong oleh Allah. Itulah hidayah Allah. Aku hanya memerhatikan dulu apa yang boleh dan tidak boleh sebelum aku berhijrah. Walaupun bertudung labuh, tidak bermakna syaitan akan terus lari..tidak..malah dia akan terus menghasut secara halus..semakin kita mahu berubah ke arah kebaikan, semakin kuat cabaran yang terpaksa kita hadapi..tetapi, ketahuilah bahawa ujian-ujian itu adalah untuk menguji keimanan kita sebenarnya. Saat ini, kita kena yakin pada Allah.

Apabila pulang bercuti, ku suarakan hasratku untuk bertudung labuh kepada ibuku. Ibuku memang memahami anaknya ini walaupun ibuku pun biasa-biasa sahaja. Tidak menggeleng dan tidak juga mengangguk. Kami keluar ke Bandar Dungun membeli kain tudung labuh. Seronok tidak terkira saat kain berada di genggamanku. Mak saudaraku mengajarkanku menjahit tudung labuh. Senang jer rupanya..Alhamdulillah..

Pulang ke UM, aku memakai tudung labuh hasil jahitanku sendiri. Sahabat-sahabatku tersenyum padaku dan mereka mengharapkan mereka juga akan mengikut jejakku. In shaa Allah. Aku turut mendoakan mereka di dalam hati.

"Sara..jahitkan tudung untuk akak boleh?" pinta seorang kakak. Aku dengan senang hati menerima tanpa mengenakan bayaran. Aku juga mengajarkan sahabat-sahabatku menjahit tudung labuh. Aku terharu rahmat yang Allah berikan kepadaku. Semua kulakukan ikhlas, semoga Allah mengambil kira ini sebagai amalku..amin..:)

Aku bersyukur kerana sahabat-sahabatku mula berhijrah ke arah yang lebih baik.. Semakin banyak bunga mawar yang mekar di UM ini..alhamdulillah..ke mana sahaja kupergi, muslimah bertudung labuh dan berpurdah ada di mana-mana. Yang berpurdah pun ada. "Kuatnya dia" getus hatiku. Di Fakultiku, tidak ramai yang bertudung labuh. Mostly studentnya adalah Cina dan pelajar asing. Tika inilah aku kena kuatkan mujahdah dan berusaha menjaga kesucian Islam. Walaupun aku bertudung labuh, bukan bermakna aku harus menjauhkan diri dari mereka kan..dakwah itukan ade banyak cara..aku usaha bina hubungan baik dengan non-muslim..alhamdulillah, mereka selesa bersamaku.

"pakai tudung labuh pun , bukannya baik sangat" segelintir orang melontarkan tuduhan. Aku sedih dengan kata-kata negatif begini. Aku memang tak nafikan tidak semua yang bertudung labuh itu baik akhlaknya. ada jer kutemui mereka yang bertudung labuh ini couple dan sebagainya. tapi perlu diketahui bahawa mereka juga manusia yang tak terlepas dari diuji dan tak terlepas dari membuat kesalahan. Sebab itu perlunya saling tegur menegur ke arah kebaikan. Mereka selesai urusan penjagaan aurat yang memang wajib dan compulsory kepada wanita Islam. Cuma akhlak yang perlu diperbaiki dan diubah ke arah yang lebih baik. Apabila akhlak kita baik, maka nr akan terpancar di wajah kita dan orang akan tenang melihat wajah kita. Akhlak yang baik lahir dari hati yang bersih. Sentiasalah mensucikan hati dengan sabun istighfar.

Sekarang sudah di tahun 3 pengajianku di UM ini, alhamdulillah, Allah kuatkan mujahadahku dan aku istiqamah dengan perubahanku ini. Adik beradikku juga dapat menerima perubahanku ini. Aku sentiasa mendoakan agar Allah membukakan pintu hidayah kepada keluargaku dan sahabat-sahabatku. Bila pulang ke kampung, gelaran ustazah sentiasa menjengah ke telingaku. Amin. itu satu doa. Aku kuatkan mujahadah memelihara auratku walaupun ketika di dalam rumah. Aku mengetahui batasan aurat seorang perempaun itu dengan saudara-saudara lelaki, abang ipar, sepupu dan ajnabi. Ilmu yang kuperolehi ku praktikkan dan amalkan. In shaa Allah.

Aku dan Tudung Labuh...:)

Ada yang kata, orang yang bertudung labuh ni tak tahu berfesyen..bagiku..itu tidak benar sama sekali..zaman sekarang, betapa banyak orang yang menjual tudung labuh pelbagai versi dan corak, tapi masih dalam batasan syariat yang ditetapkan dan digariskan dalam Islam. Muslimah mesti bijak dalam berfesyen..jangan menjadi hamba fesyen dengan mengabaikan tuntutan aurat dalam berfesyen..kebanyakan kaum wanita zaman millenium ini mengabaikan tuntutan menutup aurat semata-mata memenuhi tuntutan berfesyen itu. Fahami kembali konsep menutup aurat. Menutup aurat itu wajib hukumnya. Apa yang saya dapat lihat ramainya kaum wanita lebih kepada membungkus aurat iaitu berpakaian ketat sehingga menampakkan apa yang tidak sepatutnya ditunjukkan kepada manusia. Tidakkah mereka tahu bahawa, berpakaian begitu menimbulkan berahi dan merangsang jiwa lelaki? sedarkah mereka akan menjadi fitnah kepada kaum lelaki.?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda : tiada yang fitnah yang lebih besar buat kaum lelaki melainkan fitnah wanita.

nauzubillah..lelaki itu ialah ayah, abang, suami, sepupu lelaki, saudara-saudara lelaki, jiran lelaki, sahabat-sahabat lelaki kita..Apakah kita mahu menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan lantaran sifat kita yang mengabaikan dan memandang enteng tuntutan menutup aurat.

"Selangkah kita keluar rumah tidak menutup aurat, maka selangkah juga ayah, abang, dan suami kita melangkah ke neraka"

Allah...Aku rasa selamat dengan bertudung labuh kerana dapat kurasakan kaum Adam tak berani mahu menganggu dan mendekati. Aku mengehadkan pergaulan aku dengan kaum adam hanya untuk urusan penting. Aku tidak mahu syaitan mengambil peluang untuk menghasut kami secara halus. Tudung labuh yang aku sarung membuatkan aku rasa takut untuk membuat maksiat kepada Allah. Kerana dapat kurasakan ada yang sedang memerhatiku sepanjang masa. iaitu Allah. Alhamdulillah. .syukurku panjatkan kepada Illahi atas hidayahNya dan rahmatNya..amin..semoga Allah melindungi kita semua dari murkaNya..amin..









No comments:

Post a Comment