halwa telinga

Saturday, May 18, 2013

Forgive Everyone for the Sake of Ukhuwah..:)


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah..dalam kesibukkan menyiapkan menunaikan tanggungjawabku sebagai pelajar dan yang pentingnya hamba Illahi..kucuri juga sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu di blog persinggahan..alhamdulillah..inginku kongsi sedikit bicara hati ini kepada antum-antum semua..in shaa Allah..=)

_________________________________________________________________________
SEKADAR PERKONGSIAN DARI HAMBA ALLAH..

Senang untuk meminta..tapi sukar untuk memberi...apakah itu?

"Maaf"

mengucapkan kata maaf itu memang senang..susah bagi mereka yang mengutamakan ego dalam dirinya..Allah..

Walaupun kata maaf sudah disambut, tetapi lukanya masih berbekas di hati..biar mulut lain katanya..

itulah hakikat manusia...

mudah memberi maaf, namun sukar untuk melupakan....itulah yang menyekat diri, lantas membuatkan hati ini sedikit kotor...Allahu...

tahukah sahabat2ku..syaitan takkan mudah mengalah, dia akan tetap berusaha untuk memecah belahkan umat Muhammad s.a.w...menyesatkan anak cucu Adam..moga Allah melindungi kita..amin..

sahabat-sahabat yang kusayangi kerna Allah...

sesiapa sahaja merasa sukar untuk memaafkan , apatah lagi jika kesalahan itu terlalu besar  untuk dilupakan begitu sahaja...tetapi tahukah kamu betapa indahnya kemaafan itu?
adakah kamu akan merasa selesa dan bahagia pabila tidak memaafkan orang atau tidak ikhlas dalam memberi maaf? perlukah kita menunggu hari raya dulu , barulah mahu meminta maaf dan memberi maaf? 

jangan...jangan..jangan busuk hati sahabat...awas dari bisikan syaitan...lawan bisikan itu dengan istighfar dan selawat pada Junjungan kita..Nabi Muhammad s.a.w....tidak salah kita rendahkan ego kita...tidak salah kita maafkan mereka awal-awal...semoga Allah jernihkan balik hati kita..in shaa Allah..

Usahalah untuk melupakan meski tak sesenang mengungkapkan...mohonlah supaya dicampakkan rasa keikhlasan dalam hati kita untuk memaafkan orang tanpa menyimpan perasaan negatif lain..

sudah lumrah manusia, tiada yang terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan kan..pabila kita membuat kesalahan kepada Allah, maka mohonlah ampunanNya...Allah itu Maha Pengampun..baiknya Allah kan..kita patut merasa malu kepada Allah..Pencipta kita kerana DIA sentiasa membuka pintu taubatNya untuk hamba-hambaNya...

sedarkah bahawa kita ini hanya hamba?!!
muhasabahlah diri kita balik...Allah menyediakan ganjaran yang lumayan buat hamba-hambaNya yang patuh padaNya...yang berbuat sesuatu semata-mata keranaNya..

contohilah Rasulullah s.a.w...walaupun dirinya sentiasa mendapat cacian dan makian, namun Baginda tetap teguh dan mudah memaafkan orang-orang yang masih tidak menyedari kebenaran Islam yang diperjuangkannya it..malah Baginda mendoakan lagi...SubhanaAllah..murninya hati Kekasih Allah..

Walaupun Baginda sudah dijanjikan syurga, dan diampuni dosanya sebelum dan selepas, namun beliau tetap sujud pada Allah..menangis-nangis memohon ampun sampai bengkak kakinya....cuba kita koreksi diri kita balik.. 

mujahadah itu pahit kerana syurga Allah itu manis...

"Tidaklah bertemu dua orang Islam ,lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu brpisah "[riwayat Abu Dawud]

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK....=)



No comments:

Post a Comment