halwa telinga

Tuesday, May 14, 2013

Idola buat Muslimah...



Menjadikan Fatimah.. Khadijah.. Asiah.. Nusaibah.. Khaulah al-Azwar.. Masyitah..Maryam.. dan banyak lagi sebagai IKON hidup..

Tapi siapa nama-nama di atas?

Mereka mungkin tidak terkenal seperti Siti Nurhaliza.. Najwa Latif.. Emma Maembong mungkin..

Tapi nama-nama mereka cukup "famous" di kalangan penduduk langit..
Sentiasa menjadi sebutan dan sanjungan di "atas" sana..

Merekalah srikandi-srikandi Islam yg hebat..
Yang layak dan SEPATUTNYA dijadikan contoh dan tauladan bagi para Muslimah..

Siapa tak kenal dengan Masyitah yg haruman kuburnya semerbak sehingga dapat dihidu oleh nabi dalam perjalan Mikraj ke langit..

Tak kenalkah kalian pada Maryam wanita mengandungkan anak tanpa suami?
Allah memberi darjat kepadanya dengan mengandungkan seorang nabi..

Siapa sangka orang yang lengkap berpakaian perang menunggang kuda membelah pasukan musuh dengan tangkas sehinggakan Khalid al-Walid panglima perang pada masa itu langsung tidak mengenalinya.. Itulah Khawlah al-Azwar..

Fatimah az-Zahra? Puteri kesayangan Rasulullah saw.. Penghulu bidadari Syurga..

Siapa Siti Khadijah? Tidak perlu disebutkan lagi..

Muslimah kesayanganku..
Bangunlah lah dari "dunia" kalian..
Mereka lebih layak anda contohi..
Jika mahu menjadi hebat pada pandangan Allah..
Anda perlu "gadaikan" pandangan manusia..

Moga Allah REdHA...

No comments:

Post a Comment