halwa telinga

Saturday, June 1, 2013

kisah seorang pakcik tua..;'(

apa perasaan anda melihat gambar ini?

Melihat gambar ini membuatkan aku teringat kisah seorang pakcik yang aku jumpa kat stesen putra waktu balik mengundi dulu...
sebenarnya inilah pakcik yang aku maksudkan itu...;(
aku sangat-sangat sedih bila mengenangkan pakcik ini..
lantas fikiranku ini memikirkan orang tuaku...
melihatkan dari belakang saja sudah membuatkan aku sedih dengan beg berat yang disandangnya ke sana ke mari..ditambah badan yang sudah sedikit bongkok...
belum lagi melihat wajahnya...Allah...hati aku menangis..

*****************
sewaktu aku sedang menunggu bas sani yang bakal tiba lebih kurang setengah jam lagi..memang menjadi kebiasaan aku untuk memerhati gelagat orang-orang sekeliling...
mulanya aku memerhati percakapan antara seorang foreigner dengan seorang melayu...
lelaki melayu itu cuba juga bercerita kepada pasangan foreigner dalam bahasa inggeris..walaupun still tergagap-gagap...;)

tiba-tiba mataku terpandang seorang lelaki muda sedang membawa seorang pakcik tua yang sudah bongkok tubuhnya dan di badannya penuh dengan beg-beg yang besar dan kecil...lelaki muda itu membawa pakcik itu menuju ke kaunter membeli tiket...aku fikir itu anaknya...

"kenapa dia tak tolong angkat beg-beg ayahnya itu...?"aku hanya bertanya dalam hati..waktu itu aku sudah sedih..aku memerhati pakcik itu dengan pandangan sayu...aku melihatnya berdiri lama sementara lelaki muda itu menguruskan tiket untuk pakcik itu..aku lihat pakcik itu hanya tunduk ke bawah..aku tidak sanggup melihat dirinya dengan beg-beg yang penuh di bahunya...
"kenapa tidak minta pakcik itu duduk dulu sementara dia menguruskan tiket?"hatiku bertanya lagi..inginku melangkah ke sana tetapi pengumuman memberitahu bas sani ekspress sudah pun masuk ke dalam stesen...dengan berat hati aku meninggalkan tempat dudukku..aku melangkah lemah menuju kepada bas sambil mataku masih menjeling-jeling ke arah pakcik itu...

kebetulan tempat dudukku di sebelah kiri, jadi dapatlah aku melihat pakcik itu lagi...pakcik itu masih di kaunter...tak lama kemudian aku melihat lelaki muda itu membawa pakcik itu duduk di kerusi menunggu...dia tidak melepaskan begnya walaupun sudah duduk..beg-beg itu masih tergantung di bahunya..hatiku menangis kerana kasihan...
"dimanakah anak-anakmu wahai pakcik?kenapa mereka membiarkan kau begini?sibuk sangatkah mereka sampai tidak dapat menghantar dan menunggu pakcik naik bas?tidak kasihankah mereka pada tubuh tua yang banyak membanting tulang untuk mereka selama ini? tidak pedulikah mereka pada pakcik, ayah mereka sendiri?dimanakah mereka pakcik?" soalan bertalu-talu menjengah fikiran, namun tak dapatku jawab kesemuanya.

Lama mataku memerhati pakcik itu..lelaki muda itu meninggalkan pakcik itu, kulihat dia menuju ke belakang, kemudian muncul bersama seorang wanita, mungkin teman wanitanya atau pun isterinya...(bersangka baik jelah)..dia berada jauh dari tempat pakcik itu duduk...aku menyimpulkan bahawa lelaki itu bukan anaknya, mungkin sekadar membantu kerana kasihan melihat pakcik itu...walaubagaimanapun, aku berterima kasihlah pada dia yang membawa pakcik itu dan menolong pakcik itu...

Pintu bas sudah ditutup...bas bergerak perlahan meninggalkan stesen putra..aku memerhati pakcik itu sehingga hilang di pandangan...dalam hatiku mendoakan agar Allah melindungi pakcik itu dan agar pakcik itu selamat sampai di destinasi yang dituju serta akan ada insan yang baik hati yang akan mambantu pakcik itu..amin..hatiku amat membimbangi keadaan pakcik itu..
"Pakcik...jangan bimbang..pakcik tak keseorangan..Allah sentiasa ada untuk pakcik..moga Allah menjaga pakcik..in shaa Allah "aku bermonolog sendirian walaupun tidak didengari pakcik itu..dalam doaku, amat mengharapkan agar pakcik itu sentiasa baik-baik sahaja.

pakcik itu hilang tanpa berita sehinggalah sahabatku berkongsi kisah bertemu dengan pakcik ini di pasar seni...aku tidak tahu apa yang dibuatnya di sana..mungkin dimana ada tempat untuknya berteduh disitulah dia akan singgah...Allahu..

***********************
saat ini, aku hanya mampu mendoakan agar pakcik itu selamat dalam jagaan Allah dimana sahaja dia berada...terus terang aku katakan bahawasanya aku lebih rela jika pakcik ini dihantar ke pusat jagaan orang tua daripada dia terpaksa bersusahan di luar ..sekurang-kurangnya ada juga orang yang akan menjaga makan minum dan pakaian pakcik ini..dan yang penting tidak lagi perlu membawa beg-beg yang banyak ke hulu ke hilir....dan yang paling terbaik ialah agar anaknya sedar akan kesilapannya membiarkan ayahnya tanpa jagaan dan membawa balik ayahnya serta menunaikan kewajipan seorang anak kepada orang tuanya, menjaga makan minum pakai ayahnya yang sudahh tua tak berdaya ini...itu ku amat harap-harapkan saban waktu. 

"seorang ibu/ayah boleh menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu/ ayah nya.."

tanda -tanda kiamat ialah pabila anak-anak menderhaka kepada orang tuanya...nauzubillah..aku harapkan agar Allah memelihara kita semua dari azab api nerakanya...amin..dan memelihara kita dari perbuatan dosa besar dan maksiat..amin3x...

p/s : sesiapa yang terjumpa pakcik ini, aku amat mengharapkan agar kalian dapat membantunya sekadar yang mampu...bayangkanlah ini ayah kita, pasti kita tak sanggup melihat dan membiarkannya kan...;'(

"ya Allah..kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku kecil..amin..."

semoga Allah memeliharamu pakcik....
semoga Allah memeliharamu pakcik...
semoga Allah memeliharamu pakcik...
amin 3x..









1 comment: