Siti
Fatimah adalah anak rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau
amat taat kepada ajaran islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni
Nabi Muhammad s.a.w. pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang
kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “aduhai
anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk
syurga lebih dahulu daripadamu”.
Mendengar
sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis
dan berkata, “siapakah perempuan itu wahai ayahanda? macam mana halnya dan
bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga
daripada anakanda? ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.
lalu
Rasulullah s.a.w bersabda, “dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di
jabal uhud, kira-kira 3 batu dari madinah”. tanpa membuang masa, siti fatimah
pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu
daripadanya. setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu
sambil memberi salam.
Perempuan
yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah
datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata,
“saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”.
perempuan itu menjawab, “terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan
cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. nanti saya minta izin apabila
dia balik nanti. silalah datang pada esok hari”.
Dengan
perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan
bercakap panjang dengan perempuan itu. esoknya dia kembali lagi ke rumah
perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama hasan. apabila tiba di pintu
rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu
melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “ini siapa?”.
anakanda Rasulullah menjawab, “ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas
berkata, “saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk
dari suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun
balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan
itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan
ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin
dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. siti fatimah tersipu malu lalu dia
balik dengan perasaan hampa.
Dalam
perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “perempuan ini sangat takut kepada
suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. pada
hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? tak usahlah pandang
aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang
jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik
sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal
budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Suaminya yang terkejut
dan hairan pun berkata, “kenapa awak tahan sampai begitu sekali? bukankah Siti
Fatimah itu puteri Rasulullah s.a.w dan dua orang anaknya itu cucu baginda.
lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak
bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika
dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka
semua”.
Isterinya
menyahut, “baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti
bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh
itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti
hati awak”. “Terima kasih” sahut suaminya.
Pada
hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya.
setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun
memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu
rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan
kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu
Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan
sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain
sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang
manis.
melihat keadaan sebegitu rupa dengan
perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “mengapa
jadi begini?” perempuan itu menyahut, “cik, harap maafkan saya kerana saya
sedang menantikan kepulangan suami saya”. “buat apa dengan bekas air itu?”
tanya Siti Fatimah. jawab perempuan itu, “kiranya suami saya dahaga pada ketika
dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak
terlambat. jika terlambat nanti dia akan marah”.
kemudian
Siti Fatimah bertanya lagi, “buat apa pula tongkat itu?” perempuan itu
menjawab, “jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat
ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “kenapa pula awak selak kain awak sehingga
menampakkan aurat, bukankah itu haram?” maka perempuan itu berkata, “jika dia
berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat
dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai
sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan
hairan lalu dia berkata, “jika begini kelakuan dan perangainya terhadap
suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. patutlah dia masuk ke syurga dahulu
daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan
yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil
teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk
pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah s.a.w lalu berkata,
“anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru
dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan
itu”.
Sebaik
sahaja Rasulullah s.a.w mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda
sambil tersenyum, “anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda
jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali
tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. jadi dialah yang masuk terlebih
dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum
ketawa.
source : syahirul.com
di akhir zaman ini, masih adakah wanita yang setaat ini???
mungkin ada, tetapi mahu menjumpainya umpama mancari sebutir berlian di dalam timbunan kaca-kaca halus..buat semua para muslimah, sama-samalah kita mencontohi keperibadian wanita-wanita hebat ini..merekalah yang layak kita jadikan ikon atau idola kita..salam mahabbah lillah...=)
No comments:
Post a Comment