“tidakkah engkau mengetahui (wahai
Muhammad) tentang orang-orang keluar (yang melarikan diri) dari kampung
halamannya kerana takutkan mati, sedangkan mereka beribu-ribu ramainya? Maka
Allah berfirman kepada mereka :”matilah kamu,” kemudian Allah menghidupkan
mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia
(seluruhnya) , tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.”[surah
al-baqarah:243]
Suatu ketika,
Allah mengutus malaikat Jibril menemui salah satu makhlukNya yang bernama
kerbau, kemudian bertanya adakah dia suka diciptakan Allah sebagai kerbau.
Padahal kerbau adalah binatang yang tidak begitu dihormati kerana kerjanya
sebagai pembantu petani di sawah.
Ketika kerbau itu
sedang berendam di sungai, Jibril pergi kepadanya lalu bertanya,” wahai kerbau,
adakah kamu suka dijadikan Allah sebagai seekor kerbau?”
“Alhamdulillah,
aku bersyukur kepada Allah kerana telah menjadikan aku seekor kerbau daripada
dijadikan aku kelawar yang mandi dengan kencingnya sendiri,” jawab kerbau.
Kemudian, Jibril
segera pergi kepada seekor kelawar yang siang itu sedang tidur tergantung di
dalam gua.
“wahai kelawar,
apakah kamu suka dijadikan Allah sebagai seekor kelawar?” tanya Jibril.
“ Alhamdulillah,
aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku kelawar dari menjadikan
aku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalan pun
menggunakan perutnya.,”jawab kelawar.
Mendengar
penjelasan itu, Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap
di tanah.” Wahai cacing kecil, sukakah kamu dijadikan Allah sebagai seekor
cacing?”
“Alhamdulillah,
aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku seekor cacing daripada
seorang manusia. Jika mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak
beramal baik, ketika mati kelak, mereka akan diseksa selama-lamanya.”
Begitulah
kata-kata jujur binatang yang diciptakan dengan segala kelemahan,namun tetap
bersyukur. Mereka sentiasa berterima
kasih kepada penciptaNya, tidak pernah mengeluh akan keadaannya yang penuh
kekurangan. Namun, manusia bukan sedemikian dengan diberikan segala
kesempurnaan. Kebanyakan mereka kufur nikmat, banyak menuntut dan tidak tahu
membalas budi. Tidak malukah kita kepada binatang? Mungkin jika kita mendengar
perbicaraan binatang, baru kita merasa malu barangkali. Tahukah kita bahawa
semua binatang dan tumbuhan bertasbih memuji Allah?Seandainya kita diberi
kelebihan mendengarnya, sudah pasti kita akan tersangat-sangat malu pada mereka
yang diciptakan dengan serba kekurangan dari kita yang diberikan nikmat akal
untuk berfikir tentang nikmat Allah.
Oleh itu, tidak
seharusnya kita meratapi nasib, meluahkan keluh kesah dan kegelisahan tanpa
melihat reality di kiri kanan. Apabila nasib yang kita dapat tidak sebaik yang
diimpikan, lihatlah kepada penderitaan orang lain yang lebih pahit dengan
teliti, ambillah iktibar dari kesabaran mereka, besar kemungkinan dengan nikmat
kurniaan akal ini timbul kesedaran agar kita menjadi lebih berlapang dada dan
sentiasa mensyukuri nikmatNya walaupun sedikit.
Bagi urusan dunia,
Nabi Muhammad s.a.w menyuruh kita agar melihat keadaan orang yang di bawah
apabila kita berada di atas. Sehingga apabila kita cuba membandingkannya kita
akan merasa cukup. Sementara, berkaitan akhirat (agama) ,kita disuruh melihat
kedudukan orang di atas seperti amalan, ilmu serta ketaatannya kepada Allah.
Dengan begitu, kita akan selalu ingin meningkatkan bakti kita kepada Allah
s.w.t.
Sumber: Indahnya Sabar dan Syukur [Abdillah F. Hasan]
SALAM..bagus blog ni..
ReplyDeletecuma harap tuan punya blog dapat betulkan ejaan kalimah tauhid yg mulia (di bahagian header): LA ILAAHA ILLALLAH..
ilaaha @ ilah: maksudnya Tuhan yang berhak disembah
illa: kecuali.
syukran