halwa telinga

Sunday, February 5, 2012

lelaki di bawah naungan Allah s.w.t




“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”-surah al-isra’:32-

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “hukuman bagi para penzina ada pada dua alam, dunia dan akhirat. Di dunia, mereka tidak memiliki cahaya pada wajahnya, umurnya pendek dan kefakirannya berlarutan. Sedangkan di akhirat, dia akan mendapat murka Allah, seksa yang pedih dan azab neraka.”[HR Baihaqi]

Cuba bayangkan kita adalah seorang musafir yang datang dari jauh  menetap di tempat yang sepi tanpa ada orang lain dan tiba-tiba kita diuji dengan kedatangan seorang perempuan yang cantik berpakaian seksi dan menawarkan diri untuk berbuat maksiat dengan percuma. Apa yang akan kita lakukan?? Adakah kita akan menolak dengan mudah atau malah menerima dengan hati yang gembira bukan kepalang?barangkali tidak semudah ketika mendengar ceramah agama bahawa berbuat jahat [zina] adalah dosa besar di hadapan Allah. Namun, jika diuji keimanan kita dengan ujian begini adakah kita tidak akan tergoda??

*****************
Sulaiman bin Yasir adalah seorang lelaki tampan lagi gagah. Bersama temannya, dia berniat pergi menunaikan ibadah haji. Di pertangahan jalan, mereka berdua singgah di suatu tempat. Dia tinggal di khemah manakala sahabatnya pergi berbelanja.

Pada ketika Sulaiman bersendirian itulah , datang seorang wanita cantik yang menginginkan sesuatu. Sulaiman lalu memberinya makanan. Tetapi ditolaknya kerana bukan itu yang diinginkannya.

“saya inginkan bahagian dari lelaki yang biasa diberikan kepada isterinya,” pinta wanita itu.

Sulaiman pun terkejut dengan permintaan wanita itu ,”kamu telah disediakan iblis untuk menggodaku.”

Sulaiman lalu tunduk dan menangis sehingga  wanita penggoda itu meninggalkannya. Kemudian, temannya datang sedangkan mata merah Sulaiman masih lagi belum pulih. Pada mulanya , Sulaiman keberatan mahu menceritakan apa yang baru berlaku, namun kerana terdesak, diceritakanlah kejadian itu. Tiba-tiba, setelah mendengar cerita itu, malah temannya menangis tersedu-sedu.

“saya lebih patut menangis daripada kamu. Seandainya aku yang mendapat ujian begitu, entah apa yang akan berlaku.”ujarnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa di kalangan umatnya yang mendapat naungan  Allah di akhirat adalah pemuda yang diiajak melakukan zina tetapi menolak kerana takut akan Allah. Ini memang mudah sekali diucapkan tetapi untuk menolak cukup berat jika ujian itu menimpa kita. Nauzubillah min zalik.

Ingatlah , kenikmatan zina hanya dirasakan sekejap sahaja, namaun azab pedih telah menantinya dalam alam keabadian di akhirat. Semua terserah kepada kita, seronok sebentar di dunia [zina] atau celaka selamanya di akhirat.

Pada  suatu hari, Malaikat Jibril dan Mikail pergi pada Nabi Muhammad saw. Kemudian ,mereka sama-sama berangkat dan sampailah pada dapur api yang pada bahagian atasnya sangat  sempit sedangkan bahagian bawahnya lebih besar, dari dalamnya terdengar suara yang kasar. Nabi kemudian bersabda “kamu lalu melihat ke dalam ruang tungku tersebut. Ternyata , disitu terdapat lelaki dan wanita yang tidak berpakaian. Tiba-tiba, nyalalah api dari bawah mereka dan seketika itu mereka berteriak-teriak dan menjerit kerana kepanasan. Siapakah mereka, Jibril?” Jibril menjawab ,”itulah lelaki dan wanita yang berzina dan itulah azab mereka pada hari kiamat nanti.” [HR Bukhari].

Sumber : Indahnya Sabar dan Syukur [Abdillah F. Hasan]


Sama-sama kita renungi dan fikirkan sejauh manakah pengertian kita tentang ayat ‘dan janganlah kamu mendekati zina…”. Anggota tubuh badan kita juga tak terlepas dari zina dan yang paling membimbangkan adalah zina hati. Adakah kita sudah benar-benar menjauhi zina?? Apakah yang akan kita lakukan apabila suatu hari kita sedang chating di facebook atau ym, tiba-tiba ada seseorang yang bukan muhrim kita dan berlainan jantina dengan kita mengajak kita chating tanpa sebarang urusan penting,adakah kita akan log out terus, layan sekejap dan beritahu si dia tentang bahayanya chating antara lelaki dan wanita tanpa urusan yang memerlukan ataupun dengan hati yang terbuka dan gembira anda melayan dia. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mengetahui akan segala sesuatu walaupun sedalam manapun kita cuba sembunyikan rasa hati. Sekali kita mulakan ,ianya tidak akan terhenti di situ sahaja malah akan berterusan untuk peringkat selanjutnya. Kuatkanlah iman di dada,mohonlah kekuatan dari Allah agar kita dapat melepasi ujianNya ini dan agar diberi kekuatan untuk menolak godaan syaitan yang direjam. Sesungguhnya, syaitan akan menggunakan sehalus-halus cara untuk menyesatkan anak Adam. Justeru itu, kita haruslah sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri dengan ilmu dan meningkatkan keimanan agar dapat membentengi diri dari perbuatan-perbuata n mungkar. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment