halwa telinga

Thursday, December 22, 2011

imtihan

assalamu'alaikum..buat semua kawan, moga dirahmati Allah hendaknya..sudah agak lama tidak meng'update' blog ni..masa sangat memcemburui tugas saya sebagai seorang mahasiswi..alhamdulillah, saya curi jugak masa  untuk menekan keyboard untuk menulis..

Sedar tak sedar sudah nak habis semester 3 saya di UM..masa berlalu sangat2 la pantas..masyaAllah.salah satu tanda kiamat ialah masa akan sangat cepat berlalu..sebenarnya kita memang hidup di akhir zaman, perlu disedari itu kerna sudah banyak tanda2 kiamat yang berlaku di dunia milik Allah ini..wallahu'alam..Allah Maha Mengetahui...moga kita semua di tempatkan di syurgaNya..amin..insyaAllah...kalau diikutkan semua orang mahu hidup di syurga..semua tak nak masuk neraka..so, kita kenalah perbanyakkan amal ibadah kepada Allah..bukan bermakna kita harus duduk di tikar sejadah sepanjang waktu..kita kena balance kan antara keperluan dunia dan keperluan akhirat..

Final exam sudah semakin dekat..insyaAllah..saya mula exam pada 6 -16 Januari 2012..yang saya harapkan adalah doa-doa kalian supaya Allah mempermudahkan urusan saya dan anda semua..insyaAllah..moga Allah permudahkan semuanya...amin..sebenarnya sedih sebab tak dapat balik ke teratak ayah bonda untuk memohon restu mereka yang tersayang sebelum menempuhi perjuangan ini..dari jauh ku pohon restu ayah bonda..huhuhu..ini sebahagian daripada ujian Allah..bersyukurlah kerna adalah juga ujian yang diberikan pada kita yang mana kita ada syllabus untuk rujuk sebelum diuji..dah diberi tarikh bila dan di mana ujian itu akan berlaku..alhamdulillah..berbanding ujian2Nya yang lain yang langsung tiada sign..tiada syllabus..melainkan kita harus membekalkan kekuatan iman untuk menghadapinya..yang bezanya..ujian exam dgn ujianNya yang lain ialah..semua pelajar (yg pandai,kurang,or langsung tak) diuji dengan soalan yang sama..manakala ujian lain ,kita diuji mengikut kesanggupan masing2 untuk menghadapinya..mengikut tahap keimanannya..semakin kuat imannya,semakin tinggi darjah ujian yang diturunkan..tapi.jangan merungut ataupun menyalahkan Allah atas apa yang sudah berlaku..setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya..saya sedari kadang2 saya khilaf tentang hal ini..mungkin susah nak terima.tapi bila kita muhasabah diri balik..ujian kita taklah sehebat ujian yang dihadapi Rasulullah s.a.w dalam menegakkan islam..bersyukurlah kita kerna kita hidup di negara yang aman..berbanding saudara2 seislam dengan kita yang hidup di negara yang sentiasa berperang..Ya Allah..selamatkan saudara2 kami yang tertindas ya Allah..amin..jadilah hambaNya yang bersyukur..Allah suka akan hambaNya yang bersyukur padaNYa apabila diberi nikmat...alhamdulillah..

Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsi di sini..tapi masa sangat mencemburui saya nampaknya..sudah hampir waktu solat..dahulukan yang wajib..biarpun sedikit cuma..tapi alhamdulillah..dapat lepaskan rindu menulis kat blog..=)..

Akhir kalam dari saya..saya nak ucapkan selamat menempuhi medan perjuangan buat sahabat2 seperjuangan sekalian..semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua..amin..bi taufiq wan najjah..sama2lah mendoakan kejayaan kita...jangan lupa mohon restu ibu dan ayah..mohon maaf pada sahabat2 andai kita ada buat salah pada mereka sedar ataupun tidak sedar..wassalam..=)


SubhanaAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar...!!







No comments:

Post a Comment