Assalamu’alaikum..sudah
agak lama diri ini menyepi dari meng’update’ blog..maklumlah, kesibukkan diri
sebagai mahasiswa tahun akhir dan sebagai pekerja partimer ni..masa begitu
mencemburui diriku..Alhamdulillah, malam ni berkesempatan untuk membuat sedikit
coretan untuk tatapan pembaca-pembaca sekalian , harapnya bermanfaat buat kita
semua..in shaa Allah..coretan ini kuperolehi dari blog seorang kakak “Insyirah
Soleha”, ..terima kasih kak , saya minta izin untuk share entri ini sebagai pengajaran buat kita semua..in shaa Allah..bergetar hati ini saat membaca isinya..’jodoh’ yang pasti
..kematian..yang kita tak tahu bila, dan dimana kita akan dipertemukan dan
diijabkabulkan dengan jodoh kita ini…semuanya rahsia Allah s.w.t..
“kisah
ini bukan kisah sesiapa, ianya KISAH KITA…samada yang membaca ataupun tidak”
***********************************
Hari-hari
yang berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu
diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu.
Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar,
aku berusaha berlapang dada. Terkadang , terasa nusrah Illahi begitu hampir
saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh
ke dalam gaung. Maha suci Allah yang mengangkat aku kembali di jalan tarbiyyah
dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya
seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa
yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihatku juga menggunakan mata,
sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta
tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman
Allah juga aku bias bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama
seperti manusia yang lain.
Aku bukan seperti
bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah
Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi
pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku
hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga
sama…Negeri Barzakh, In shaa Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian,
negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari
hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku yang berseri dan
mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tanganku yang
memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak
pula menidakkan. Diamku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak,
tetapi diamku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan bertuah itu. Sehingga
kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu
bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab penuh dengan tatasusila.
“Hari menikah
nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab
tenang.. “Warna putih ,bersih..”
“Alhamdulillah,
ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”
“Ibu, 4 meter
sudah cukup untuk sepasang jubbah. Jangan berlebihan.”
Ibu
mengangguk perlahan.
Beberapa hari
ini, aku menyelak satu persatu..helaian demi helaian naskhah yang begitu
meyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. “Malam Pertama..”. Sukar sekali aku
ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi
sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku
akan tetap sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus
melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak dari
hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang Al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku
nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan
tenang dengan kalamullah yang sudha meresap ke dalam darah yang mengalir dalam
tubuh. Mudah-mudahan aku tenang.. As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia
menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu
pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang
yang mendahului.
“Kak
Insyirah, siapa tunang akak?Mesti hebat orangnya. kacak tak?”
Aku
tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu
merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa
aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
“In Shaa
Allah. ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang
paling utama.”
Berita itu
membuatkan beberapa orang mula menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku diamkan
perkara yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
“jangan lupa
jemput ana di hari pernikahan nanti, jangan lupa!”
Aku hanya
tersenyum entah keberapa sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah
senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandaikan aku sedang berbahagia apabila
sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan diriku dengan Allah. Sahabiah
juga merasa kehilanganku apabila setiap waktu terluang aku habiskan dengan as-Syifa’ku
al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar
ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
“Bila enti
menikah?”
Aku tiada
jawapan khusus.
“In shaa
Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…”Aku masih
menyimpan tarikh keramat itu, bukan sengaja tetapi memang benar aku sendiri
tidak tahu bila tarikhnya.
“Jemput ana
tau!” Khalilah tersenyum megah.
“kalau enti
tak datang pun ana tak akan berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!”
Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahanku,
aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan
ramai insan berkecil hati.
“In shaa
Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”
Rahsiaku
adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma,
hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah
dahulu tanpa menikah secara mengejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya
upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakana sekali lagi kepada ibu..
“Usah
berlebihan ya…”
Ibu angguk
perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
“Insyirah,jom
makan!”
AKu tersenyum
lagi..Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
“Tafadal,
ana puasa..”
Sahabiah juga
semakin galak mengusik.
“Wah,
Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat..Tarikhnya tak tetap lagi
ke?”
“Bukan diet,
mahu mengosongkan perut..Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”
Sehingga
kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah
menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia
untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam
berumahtangga kelak. Doakan aku,itu sahaja.
***********************
“innalillahi
wainna ilaihi rajiun..”
“Tenangnya..SubhanaAllah..Allahuakbar…”
“Ya
Allah..tenangnya..”
“Moga Allah
memberkatinya..”
Allah, itu
suara sahabat-sahabatku, teman-teman seperjuanganku pada ibu.
Akhirnya, aku
selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di
majlis walimah walaupun aku tidak menjemputnya sendiri.
Akhirnya,
mereka mengetahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya,
mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya,
mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok dia’ yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar
tidak sedar…
Hampir setiap
malam sebelum menjelang hari pernikahanku..Sentiasa ada suara sayu yang menangis
sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya
Illahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan
yang tahu.
“Ya Allah,
telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan
Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku
tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau
satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hambaMu yang tak punya
apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang
tidak aku ketahui…”
Akhirnya,
Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…
“Insyirah
bertunang dengan siapa, makcik?”
Ibu menjawab
tenang.. “Dengan kematian, wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya
pada tulag belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki, juga otaknya.
Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya
membunuh.”
“Allahuakbar…”
Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
“Buku yang
sering dibacanya itu, malam pertama…”
Ibu angguk ,
tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya..” . Senaskhah buku bertukar tangan,
karangan Dr
Aidh Abdullah
al-Qarni tertera tajuk “Malam Pertma di Alam Kubur”.
“Ya Allah,
patutlah Insyirah selalu menangis..Khalilah tak tahu makcik.”
“Dan sejak
dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah berpuasa. Katanya mahu
mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..”
Khalilah
masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari
Insyirah yang diberikan oleh ibu.
****************************
SubhanaAllah…sungguh
beruntung mereka yang telah dikhitbah terlebih dahulu, sekurang-kurangnya
mereka tahu tarikh nikah mereka walaupun sebenarnya tarikh keramat itu ialah
rahsia Allah..ajal maut, jodoh pertemuan semuanya rahsia Allah…setiap dari kita
yang menyedari hakikat kematian itu, hendaknya sentiasa mempersiapkan diri
serapinya..
Cukuplah
kematian itu mengingatkan kita..Cukuplah kita menyedari bahawa akan tiba
saatnya kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. KULLU NAFSIN ZA”IQATUL
MAUT…
Ketika tangan
ini sedang menekan keyboard, mendapat perkhabaran seorang kakak , Mumtazah
Maridi sedang kritikal di wad icu..mohon doa semua untuk Kak Mum, insan yang
pernah hadir dalam hidupku..menyedarkan kami tentang banyak perkara. Kasihan
kat anaknya Rasya yang masih kecil dan merindukan sentuhan dan belaian umminya.
Semoga Rasya kuat , sekuat Kak Mum…amin.
No comments:
Post a Comment