halwa telinga

Sunday, March 4, 2012

selamatkan saudara kami Ya Allah..


Bila ditengok kembali..anak-anak kecil ini yang sepatutnya bergembira di uisa kanak-kanak..tetapi terpaksa menghadapi ujian kehilangan..MasyaAllah..kasihan anak-anak ini..pernahkah kita terfikir keadaan mereka selama ini??...kita sedang bersenang lenang di sini ..kena ujian sikit..mengeluh...( muhasabah diri juga)..macammna dengan diorang yang hari-hari berdepan dengan kemelut di sana??...marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menyelamatkan mereka dan Allah tabahkan hati mereka dengan mehnah ujian ini...amin..

*******************************

Kadang kadang saya rasa kelakar bila tahu hakikat yang kadang kadang saya menangis tengok penderitaan saudara di negara negara lain.

Nak tergelak pun ada. 

Entah kenapa rasa mudah sangat keluar air mata bila tengok orang menderita. Sedu, sebak.

Kelakar kan?

Anda tahu saya ini 'saudara' mereka yang bagaimana?

Saya ini saudara mereka yang menangisi penderitaan mereka di satu waktu, kemudian ketawa terbahak bahak menonton tv dan membaca 9Gags di waktu lainnya.

Saya ini saudara mereka yang kadang kala tergerak hati untuk menginfaqkan harta membantu mereka, kemudian berbelanja membeli Maggi, Nestle, Coca Cola, Mcd dan lain lain di waktu lainnya.

Saya ini saudara mereka yang kadang kala rasa nak berdoa agar dikurniakan pertolongan Allah membela ummah, tapi masih lagi berlengah lengah dalam soal ketaatan, dan tersisa lagi karat jahiliyah.

Macam tu lah. Mudah sangat menangis, walhal saya 'saudara' mereka yang begini.

Entah kenapa air mata mudah sahaja mengalir bila lihat mereka dibunuh, dirogol, disiksa. Sedangkan bukan air mata yang mereka minta. Eh kita tahu kan yang air mata kita tak mampu ubah apa apa?

Cukuplah dengan air mata mereka. Kenapa kita tambah sama?

Eh jadi apa yang mereka perlukan dari kita?

Memberi bantuan kepada mereka? Tidak. Mereka perlu lebih dari itu.

Mendoakan mereka dalam qunut nazilah? Tidak tidak. Lebih lagi.

Ambil tahu tentang mereka, buat status, share artikel dan blog di facebook? Sentiasa tahu perkhabaran baru tentang mereka? Pastilah tidak. Mereka perlukan lebih!

Mereka mahu kita tegakkan Islam dalam diri kita. Islam yang benar benar Islam.
Bukan teori, bukan omongan.

Kita beramal dengan cara hidup ini, kerana dengan ini sahaja penderitaan ummah dapat diubati.

Moga aku beramal.

Dan moga aku tak mengenakan lagi kosmetik air mata palsu ini.


sama-samalah kita mendoakan keselamatan saudara-saudara seIslam kita..Moga ditabahkan hati mereka menghadapi ujian Allah yang Maha hebat ini..Allahuma ameen..

sharing dari sahabat facebook...

No comments:

Post a Comment