Untuk kali ini,saya ingin berkongsi satu lagu nasyid iaitu KEHIPUPAN yang amat berkait rapat dengan kita semua...lagu ini adalah nyanyian kumpulan In-team feat dengan Nazri(Raihan)..lagu ini diperkenalkan oleh bekas lecture Pengurusan Perniagaan Kolej Matrikulasi Perlis,Pn Noranyza Zainol...terima kasih buat Pn Noranyza Zainol...lagu ini memberi makna yang mendalam kepada yang menghayatinya...sama-sama kita hayati..semoga kita mendapat ibrah yang berguna dari lagu ini...
+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+**+*+
KEHIDUPAN
kesenangan yang datang
tak akan selamanya
begitulah selepas susah
ada kesenangan
seperti selepas malam
datangnya siang
oleh itu,waktu senang
jangan lupa daratan
gunakan kesempatan
untuk kebaikan
sebelum segalanya
terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti
tak berkesudahan
apa guna sesalan
hanya menekan jiwa
jangan difikirkan derita
akan berpanjangan
kelak akan membawa
putus asa pada Tuhan
ingatlah biasanya
kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu
pasti cerah kembali.
ujian adalah ...
Tarbiyah dari ALLAH
apakah kita kan sabar..
ataupun sebaliknya...
kesenangan yang datang
selepas kesusahan
semuanya adalah
nikmat dari Tuhan....
In-Team feat Nazri(Raihan)
+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*
best kan lagu ni...
semua insan yang bernama manusia diuji dengan pelbagai jenis ujian olehNya...yang kecil mahupun yang besar..kadang kita mengeluh dengan ujian yang tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan ujian yang dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Baginda s.a.w dalam menegakkan agama ISLAM...cuba ingat balik kisah Bilal Bin Rabah yang tetap tidak berpaling dari ISLAM walaupun diseksa dengan ditindih batu besar di atas badannya...tetapi mulutnya masih lagi menyebut .."Ahad..Ahad..Ahad.."
Kisah Sumayyah dan keluarga Yasir..yang telah dibunuh di depan mata anaknya,Ammar..kerana tetap memperjuangkan kalimah LAILLAHAILLALLAH...Sumayyah menjadi wanita pertama yang mati syahid dalam Islam..seterusnya adalah kisah Masyitah..seluruh keluarganya telah dicampakkan ke dalam kawah yang panas sehinggalah sampai ke giliran bayinya yang masih kecil...Masyitah meminta agar dirinya ynag dicampakkan dahulu sebelum bayinya,dengan kuasa ALLAH..bayinya boleh berkata-kata supaya ibunya ,Masyitah merelakan dirinya yang dicampakkan dahulu..selepas bayinya dicampakkan barulah Masyitah dicampakkan..begitulah besarnya ujian yang dihadapi para sahabat Nabi demi menegakkan kalimah suci LAILLAHAILLALLAH...ada banyak kisah-kisah Nabi dan para sahabat Baginda terdahulu yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dalam meneruskan keidupan sebagai hamba ALLAH...
Saya juga diuji dengan pelbagai ujian..ujian yang terlalu kecil..setiap ujian yang diturunkan olehNya mengikut kemampuan hamba-hambaNya..sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita...sepatutnya kita bersyukur dan bersabar dengan ujianNya...sentiasalah berdoa agar dikurniakan keteguhan iman untuk menghadapi segala ujian dan dugaanNya..ujianNya bentuknya berbagai...saya ada terbaca dalam blog kawan saya yang mengatakan setiap tulisan kita itu diuji..
Andai duji dengan kesenangan,janganlah lupa mengucapkan Alhamdulillah..andai diuji dengan kesusahan,usahlah mengeluh...hiasi diri kita dengan sifat sabar..kehidupan kita ibarat roda...kadang-kadang berada di atas,kadang-kadang di bawah...ingatlah kalau kita di atas,jangan lupa pada yang di bawah ...andai berada di bawah...jangan putus asa..sesungguhnya ALLAH sudah merencanakan sesuatu yang lebih baik di depan sana buat kita...semuanya adalah tarbiyah dari Tuhan..insyaALLAH..selepas kesusahan itu,pasti akan ada kesenangannya...yakinlah pada Tuhanmu..Semoga kita semua sentiasa berada di bawah jagaan ALLAH Yang Maha Esa..insyaALLAH..amin...

yup adik...:)
ReplyDeletesemoga Tuhan memberi keteguhan iman kepada kita supaya dapat terus menghadapi mehnah kehidupan ini...insyaALLAH...
ReplyDelete