halwa telinga

Thursday, February 17, 2011

...::Qalam Qalbi::...



"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


**************

Rama-rama ibarat wanita.


Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.

 Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

 Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.

 Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya,harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita kerana setelah warna- warna itu hilang kita akan dibiarkan.

Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, kita akan lebih dihormati.

hijabkanlah kecantikkan dirimu dengan ketaatan amalan kepada tuntutan agama yang dicintai..iaitu ISLAM...

Nilai kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai kita.

 Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas.

 Selama mana kita belum menemuinya,anggaplah diri kita masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua.

“Memang susah nak jaga hati,sebab tu kita kena mujahadah sungguh-sungguh,insyaAllah,Allah akan bantu kita.

firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut:ayat 69

“Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami,sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan,)dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan)
berserta orang yang berusaha membaiki amalannya.”

Terbayang perintah Allah dalam surah an-Nur ayat 30-31

" Katakanlah kepada orang-orang beriman laki-laki agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."



 Sesekali berfikirlah..

Mungkin kita boleh mengelak zina tangan,zina kaki,zina telinga…

Tapi macammana dengan zina hati???

Nauzubillah….mintak dijauhkan segala yang tidak baik 

Semoga  ALLAH memberi keteguhan hati supaya kita tidak sesekali mendekati zina hatta zina hati..

Dan Semoga ALLAH menjaga hati kita semua yang sangat mudah berbolak balik ini..
amin YA Rabbal Alamin..insyaALLAH…sama-sama kita mendoakan agar kita semua mendapat yang terbaik… 

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)







cintailah ALLAH dan Rasulullah s.a.w melebihi segala-galanya...
itulah cinta yang paling utama..
dapatkan cintaNya dulu..
SubhanaALLAH
Alhamdulillah..
Allahuakbar,..
sayang kamu kerana ALLAH..^_^





2 comments:

  1. Alhamdulillah...sharing is caring..rite...
    it's for u,for me..for them...for all of us...
    bersama-sama menjadi wanita solehah...=)

    ReplyDelete