halwa telinga

Tuesday, January 22, 2013

Maulidur Rasul


 12 Rabi'ul Awal atau 24 Januari 2013 merupakan tarikh memperingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Berkat perjuangan Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat, Alhamdulillah kita dapat mengecapi nikmat iman dan nikmat islam. Dan yang paling besar adalah nikmat kita mempunyai ALLAH s.w.t..

Apakah pada tarikh ini sahaja kita perlu mengingati Baginda s.a.w,?berselawat kepada Rasulullah s.a.w?
tidak sahabat-sahabat..sepanjang waktu, kita perlu mengingati  Baginda s.a.w dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya. Suburkan rasa cinta dan sayang pada kekasih Allah ini. Cintakan Rasulullah bermakna kita juga mencintai Allah. Semoga kita antara golongan yang mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

Golongan pertama mengatakan; kami tak sambut Maulidur Rasul kerana Nabi tak pernah sambut dan tak pernah suruh sambut.

Golongan kedua mengatakan; kami menyambut Maulidur Rasul kerana telah ramai lupa akan Nabi dan sunnah Nabi apabila zaman berlalu, lalu membuat usaha sambutan ini untuk umat mengingati Nabi.

Golongan ketiga; mereka bergaduh dan bercakaran hingga memaki dan berkata2 kesat ketika berbalah isu Maulidur Rasul, ini jelas haram.

Syarat nak sambut Maulidur Rasul ialah:
-kena faham tak wajib sambut Maulidur Rasul.
-menyintai Rasulullah tidak bermusim dan perlu sentiasa menyayangi dan mencintai baginda.
-tiada perkara maksiat ketika menyambut Maulidur Rasul.

Via Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus


Rasulullah s.a.w amat merindukan kita, kerna kita umatnya yang tidak sempat bertemunya tetapi kita sentiasa menyebut-nyebut namanya, sentiasa mengingat Baginda s.a.w, sentiasa berselawat serta mengamalkan sunnah-sunnahnya.

Jadilah kamu sebaik baik ummat Muhammad s.a.w. Selawat dan salam ke atas junjungan agung kami, Nabi Muhammad s.a.w , keluarga dan para sahabat Baginda s.a.w.

salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam..sambut ia dengan penuh kesyukuran dan penghayatan terhadap perjuangan Baginda s.a.w yang telah bersusah payah mendapat Islam dan mensyiarkan Islam di muka bumi Allah ini..Allahuakbar.!!

No comments:

Post a Comment