halwa telinga

Monday, January 3, 2011

KMP..oh..KMP...

 ni suasana pada siang hari..amat mendamaikan dan menenangkan jiwa...

ni dah nak senja..matahari dah balik ke rumah untuk memanggil sang bulan untuk menerangi bumi Allah..

beginilah suasana Kmp pada malam hari..rindunya....Ya Allah..

nilah padang KMP..
tempat budak-budak laki
mengasah bakat menjadi pemain bola kebangsaan
di sinilah KAKOM dilancarkan
pada batch 09/10


cantiknye..
student disatukan untuk membentuk
KMP


lorong laluan komsas Siti Aisyah(A1)
sebelahnye Komsas Siti Fatimah(A2)


sebelah kanan lorong menuju ke kafe Izhaton(Cafe A)
sebelah sane pulak nak pergi Library

ni dah nak dekat masjud dah ni..
depan blok B2,B3 dan kafe Abang Din(Cafe B)

aku batch 09/10
best sangat2....

Lame sudah tidak kujejakkan kaki ini di bumi KMP..sungguh aku amat merindui untuk balik ke sane..nak sangat-sangat balik sana..banyak kenangan yang pahit dan manis yang telah terukir di situ.yang tak mungkin kulupakan..SubhanaAllah..indah sekali kalau dikenang-kenang balik..Ya Allah..semoga aku dipanjangkan umur untuk berkunjung lagi ke bumi KMP..amin..InsyaAllah..

Masjid Al-Falah


tempat yang aku amat aku rindui...banyak yang ku pelajari di Masjid Al-Falah..di sinilah tempat aku bermunajat kepada ALLAH semoga diberikan kekuatan dan ketabahan  untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH,seorang anak dan seorang pelajar KMP..aku sangat takut dan bimbang andai aku tak dapat laksanakan tanggungjawabku dengan sempurna..

di masjid inilah adanya perkongsian ilmu dan tazkirah selepas maghrib oleh ahli Pusat Islam KMP yang bertuah yang telah dilantik..sungguh tenang sekali bila berada di dalam masjid ini..kadang-kadang kuambil peluang untuk study di sini..

walaupun aku ditempatkan di Komsas Siti Aisyah (blok A1)..kirenya paling jauhlah dengan masjid..tapi itu bukan alasan untuk aku melepaskan peluang berjemaah bersama muslim dan muslimat..entah kenapa kurasakan jiwa ini ingin selalu solat berjemaah.. ila di rumah..jarang sekali aku dapat berjemaah..selalu sembahyang seorang diri takpun dengan adik bongsuku..walaupun keletihan balik kelas lewat..cuaca tak mengizinkan...aku kan tetap gagahkan kaki ini menempuh dari satu blog ke satu blog sehinggalah ke pintu masuk Masjid al-Falah..terasa rugi jika tertinggal solat jemaah..SubhanaAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar....kurasakan hidayah dariNya...Alhamdulillah..selamat sampai jugak..

Masjid Al-Falah ini jugaklah yang menjadi saksi titik perkenalan ku dengan seseorang yang telah membuatku tertarik hati untuk menjadi muslimah Islam yang sejati..(InsyaALLAH..banyak lagi yang perlu diperbaiki setiap masa)..Alhamdulillah..hidayahNya datang mengetuk hati ini..membuka ruang di hati ini  untuk terus memupuk cinta kepadaNya..biarpun banyak halangan yang terpaksa kutempuhi..kuharus berperang melawan nafsu yang  sentiasa tidak terkawal ini..sesungguhnya itulah jihad yang paling besar  iaitu berperang nafsu dengan menggunakan iman dan takwa sebagai senjata...dan yang paling utama sekali ialah pertolongan Allah..sungguh indah Islam itu andai kita dapat hayati dengan sedetail-detailnya..MasyaAllah..ape yang dicari pasti ditemui..insyaAllah..

al-Fatihah...KMP kini kehilangan seorang pendidik yang sangat berdedikasi dan yang sangat pandai buat lawak bagiku...iaitu..Ustazah Amairah..yang telah dijemput pulang oleh Allah..pada bulan Disember lalu.terimbau kembali kenangan bila di kelas agama di KMP...walaupun kuhanya sempat bersamanya satu semester sahaja..tapi aku masih punya kenangan bersama-samanya..semoga Allah menempatkan Ustazah Amairah bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh..amin Ya Rabbal alamin..

sebenarnya banyak lagi kisah manis dan pahit di masjid al-Falah ini..seperti kenangan moreh..tadarus..khatam Quran..minggu titian mawaddah..minggu penghayatan Islam..pergi ke dewan Wawasan di Kangar bersama ahli PI...memang sukar untuk dilupakan semuanya..terlalu manis...tapi untuk menceritakan semua..takut kehabisan dakwat pena ini...kongsi sekadar semampunya..

next!!

~~~~~~~~~~~A4T4~~~~~~~~~~~~~

gambar-gambar di bawah sudah cukup untuk menerangkan betapa kami kelas A4T4 sangat rapat ibarat satu keluarga..semua hal kami bersatu hati..dari baju kelas sampai ape-apela....sungguh indah untuk dikenang..KMP menyaksikan betapa kukuh dan eratnya ukhwah antara kami sampai waktu hari last semua nangis-nangis tak nak berpisah..kenangan kami menyekat kami untuk berpisah...sehingga keakraban hubungan antara rakan-rakan menimbulkan kecemburuan pada kelas lain...kami pergi Gua Kelam.pergi rumah ketua kelas kami(Shakir)..bertandang ke rumah Asma..pergi Tesco...pergi warung..semuanya bersatu hati...kami berpakat kumpul duit untuk menyewa kereta untuk melaksanakan program luar yang dirancang..kereta dipandu oleh pemandu profesional iaitu..Ket,Aidil,Sham,Nad dan Zihah...sungguh seronok waktu itu..kami menyanyi-nyanyi keriangan di dalam kereta..

masyaAllah tak dapat ku lafazkan dengan kata-kata betapa beruntungnya dapat merasai kasih sayang sahabat-sahabat..yang bersahabat tanpa memandang harta,keturunan dan darjat semata-mata..
kami bertemu dan berpisah kerna Allah..
sekarang ni semua dah sambung belajar
kat tempat impian masing-masing....tapi ukhwah kami tidak terputus dek jarak..kerna sahabat masih di hati..jauh di mata..tapi sentiasa dekat di sekeping hati ini..InsyaAllah
semua teman-teman tidak akan kulupakan..


sewaktu penggambaran kelas kami..


wajah-wajah A4T4 yang dirindui....
hebatnya ukhwah itu..


bersama cikgu bahasa Inggeris

kek perpisahan A4T4...sedapkan...tapi kami tak ingin perpisahan itu..tapi semuanya sudah ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa
sesungguhnya kite hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan...
setiap yang ditakdirkan haruslah diterima dengan Redha dan Ikhlas..


bergambar di depan Dewan Kuliah 1..pantang ade mase terluang cepat jer diorang bergambar tak kira masa dan tempat..semua jalan..
begitulah kami A4T4...

kan betul..
diorang ni pantang ade kamera zoom
cepat jer nak posing...
atas jalan pon bolehla..
sungguh mencuit hati melihat telatah diorang ni..



bawah pokok pon jalan jer..
hanya gambar-gambar ini  sahajalah yang dapat kujadikan tempat untuk melepaskan kerinduan
kepada mereka
sahabat-sahabat seperjuanganku...


'Ukhwah itu  bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya:
harapanku mekar di hati ini,agar persahabatan suci ini trus mekar ,menjadi SYAFAAT,terukir indah 
di pintu JANNAH..."
-Imam Al-Bukhari-


Carilah seribu sahabat dalam pergaulan, kerana seribu sahabat belumlah banyak.
Jauhilah seorang musuh, kerana
musuh yang seorang itu sudah
lebih daripada ramai.

Lukman Hakim-





"Ya ALLAH...bantulah sahabat-sahabatku yang berjuang demi ilmu.
Terangilah hatinya dengan nur hidayahMu seumpama purnama di tengah malam
serikanlah wajahnya tika tubuhnya diselimuti lelah,
tanamkanlah istiqamah dan kesungguhan dalam dirinya
agar tiada rasa putus asa,
tanamilah jiwanya dengan kesabaran dan ketenangan
dan hadirkanlah senyuman kesyukuran tika kejayaan menyapa"
amin Ya Rabbal alamin..
















6 comments:

  1. rindu KMP ye...jom ikut akak, insyaAllah bulan 2 nie ada pogram lg, bukan bdk PI pun d jemput. Jgn isau, insyaAllah boleh. Yg baru lepas nie pun bukan budak PI dan bukan budak KMP pun join jugak...:)

    ReplyDelete
  2. hehehe...rindula jugak...nak3!!!..tapi kak ain..nk pergi camne..bulan 2 nanti takde cuti dah..mesti kuliah n kelas ada..takkan nak tgal...nak pergi...tapi...ehm...nampak cam takde chance jer nak follow...;(

    ReplyDelete
  3. "kak ain" ,nak ikut jugak boleh?? :-)

    ReplyDelete
  4. kak azi nak ikut...jom..boleh jer....jemput2...

    ReplyDelete
  5. konpius...adik ni sape ye?ajko jgk ka

    ReplyDelete
  6. kak durrahnur...saya bukan ajko..tp student batch 09/10...salam ukhwah dari saya..

    ReplyDelete