Diam..termenung,stress,pening-pening dan kadang-kadang tak lalu makan serta tak lena nak tidur…begitulah saya dan kebanyakkan sahabat-sahabat seperjuanganku sepanjang menghadapi minggu peperiksaan..peperiksaanku berturutan selama 5 hari…sehari satu paper..jadi semuanya 7 paper..so,7 hari saya akan menghadapi ujian yang tersangat-sangat kecil dari Tuhan..oklah daripada sesetengah pelajar yang terpaksa menghabiskan 2-3 paper sehari…dan sekarang syukur Alhamdulillah,semua paper sudah habis dan sekarang saya sudah di rumah meng’enjoy’kan cuti selama sebulan..bukan maksudku “enjoy” yang melebih-lebih sampai lupa dunia…sekurang-kurangnya dapat me’relax’kan otak dan fikiran daripada stress peperiksaan..sekarang saya harus berserah pada takdir tentang result exam nanti..sesudah berusaha bersungguh-sungguh dan sekarang tawakal jerla dalam hati moga ALLAH SWT beri keputusan yang baik atas semua usaha-usaha kita selama ini..apa sahaja keputusannya kita harus terima dengan ikhlas dan redha..ketentuan ALLAH SWT itu ada hikmah di sebaliknye..bertasbih dan mohonlah ampun daripadaNYa..andai kata kita berjaya,syukurlah pada Yang Maha Esa..kerana Dia telah memberkati usaha-usaha kita selama ini..dan andai kata kita tidak mendapat keputusan seperti yang dijangkakan..mungkin kita masih kurang usaha ataupun bukan rezeki kita dan Tuhan mahu menguji kita..sabarlah dan janganlah berputus asa..teruskan berusaha di samping mohonlah keberkatan daripadaNya yang menentukan segala-galanya…
Sebulan lebih blog ini terbina atas bantuan seorang kakak yang sangat kusayang dan kagumi... tapi diri ini belum sempat mencoretkan Qalam Qalbi ku di sini dek kerna kesibukkan ..dan sekarang saya ingin mengasah pena di sini untuk berkongsi rasa hati..berkongsi cinta hati padaNya..pencipta diri ini dan seluruh isinya samada di langit dan di bumi..SubhanaAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar…termakbul juga niatku untuk mengisi blog ini yang sudah sekian lama kosong tanpa coretanku..pada malam yang damai dan hening ini..saya meringankan jari jemari ini untuk mengatur sebuah perkongsian di sini..apa yang akan saya kongsikan di sini ialah tentang menjadi diri sendiri..
Selalu kan dengar orang cakap macam ni…
“senang jer hidup ni..jadi jer diri sendiri...tak usahlah hipokrit..”
Itu bukan persoalan yang ingin kukongsi bersama kalian..saya hanya mahu bertanya..siapakah kita sebenarnya??menjadi diri sendiri yang bagaimana??jangan hipokrit??apakah menjadi insan seperti tujuan penciptaan diri ini adalah hipokrit??
“..mereka hanya mengikut dugaan dan apa yang diiginkan oleh keinginannya…padahal sungguh,telah datang petunjuk dari Tuhan mereka..”(surah An-Najm:23)
Apakah kita telah menjadikan nafsu untuk membentuk diri kita?
Apakah kita telah membiarkan desakan dan pujukan hati sesuai dengan keinginan kita untuk membentuk sahsiah kita?
Apakah kita hanya mengikut gerakan hati kita..untuk menjadi diri kita?
Saya bagi satu contoh dialog antara muslimah..
“bertudung??ala..nantilah..kalau aku hipokrit pakai tudung buat ape??..”
Selalu jugakkan kita dengar dialog ni..mungkin kawan-kawan,adik beradik perempuan kita dan sape-sapela yang bergelar muslimah tapi agak liat untuk menunaikan perintah ALLAH SWT tentang kewajipan bertudung dan menutup aurat..
Firman ALLAH SWT:
“Wahai Nabi!katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali,sehingga mereka tidak diganggu.Dan ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang.(surah Al-Ahzab:59)
Begitulah keadaan(dialog diatas) apabila kita meletakkan nafsu dan keinginan mengatasi dan melebihi segala-galanya..kita membiarkan elemen ini membelenggu diri kita..kita meletakkan darjat yang tinggi untuk mereka.Kita merelakan budaya “jadi diri sendiri” dalam konteks untuk melepaskan diri dari tuntutan agama…
“..sudahkah engkau(Muhammad)melihat orang menjadikan keinginannya sebagai Tuhannya?apakah engkau akan menjadi pelindungnya?..”(surah al-Furqan:43)
Apa tujuan penciptaan diri ini sahabatku..carilah dirimu yang sebenar..dari situ ketuklah hatimu..adakah dirimu hipokrit?Apakah dirimu sudah menjadi dirimu sendiri sesuai dengan penciptaan diri ini?semuanya terletak di tangan kita..
Ya ALLAH ,di ambang hijrah yang barkah Kau muliakanlah dan sayangilah saudara-saudaraku,bahagiakan keluarganya,sihatkan tubuh badannya,berkatilah rezekinya,kuatkan imannya,berikan kenikmatan ibadahnya dan jauhkanlahdirinya dari fitnah dunia..amin ya Rabbal alamin..semoga ALLAH SWT selalu bersama-sama kita...
Awal Muharam adalah bulan pertama dalam takwim Islam yang menjadi titik tolak bagi melakukan penghijrahan hati,minda, dan mengubah tabiat buruk kepada tabiat yang lebih baik dan melakukan perubahan kearah yang lebih diredhai olehNya..jika kita berusaha untuk ke arah kebaikan,maka kesudahannya pasti menjurus kepada kejayaan dan begitulah sebaliknya,jika kita tidak ada perancangan yang rapi dan terus membiarkan diri leka dan alpa,pasti kegagalan yang kita peroleh..
Saidina Umar mengungkapkan kata yang bermaksud :”Celakalah bagi orang muslim yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan hari esoknya lebih buruk daripada hari ini”…selalunya selepas solat Subuh ataupun solat-soalt lain..kita akan mohon padaNya agar menjadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok akan lebih baik daripada hari ini…maknanya setiap hari kita inginkan perubahan ke arah kebaikan kan..?
Selalu anak-anak kecil menanyakan ini “Kak..kenapa semua orang sambut tahun baru bulan ni(Disember)..kan tahun baru kan bulan Januari..?”..kita pula akan jawab begini..”sebab kalau ikut takwim Islam bulan pertama ialah bulan Muharam dan kalau tak ikut takwim Islam bulan pertama adalah bulan Januari..,jadi umat Islam akan menyambut tahun baru mereka pada awal Muharam..peristiwa hijrah berlaku pada bulan Muharam..peristiwa yang melambangkan kesungguhan dan pengorbanan umat Islam di Makkah ketika itu yang sanggup berkorban nyawa,harta benda demi mencari keredhaan ALLAH SWT.”..anak-anak kecil ini jiwa dan minda mereka masih fresh lagi,jadi kalau diceritakan tentang kisah-kisah Nabi,mereka pasti akan lebih berminat dan secara tak langsung menyebabkan mereka mempunyai rasa ingin bertemu dengan kekasih ALLAH SWT iaitu Nabi Muhammad S.A.W..tetapi kebanyakkan anak-anak sekarang di sajikan denagn cerita-cerita dongeng Ultramanla,Supermanla..cicakmanla..dan macam-macam “man” lagila….tak terkira…sampai ada yang menjadikan mereka idola mereka..Astaghfirullahalazim..moga anak-anak ini ditarbiahkan ke arah yang lebih positif supaya kembali menurut ajaran Islam yang sebenar..insyaAllah..
Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang peristiwa hijrah yang telah menjadi lambang pengorbanan umat Islam terdahulu..untuk menulisnya saya menjadikan surat khabar dan internet sebagai sumber rujukan untuk mencoretkan peristiwa hijrah ini..moga dapat sama-sama kita kongsi mana –mana yang bermanfaat dan ambil iktibar daripada peristiwa ini...insyaAllah..moga dapat berkat dari Yang Maha Esa..amin.
Peristiwa hijrah ini bukan sahaja menarik kerana sejarahnya tetapi juga bagaimana perancangan strategi yang dijalankan secara bijak dan terancang.Peristiwa ini membuktikan Nabi Muhammad S.A.W turut sama-sama berkorban mengharungi segala kepayahan berkenaan..kadang-kadang terlintas di fikiran kenapa Nabi Muhammad S.A.W susah-susah berkorban sedangkan dengan statusnya sebagai Kekasih ALLAH SWT,Baginda S.A.W boleh sahaja membuat pelbagai permintaan untuk menyelesaikan segala tugas sukar yang dihadapi itu dengan mudah..Walaupun sudah lebih seribu tahun peristiwa ini berlalu namun ia akan tetap kita kenang sebagai lambang kejayaan.Oleh itu tahun baru Islam perlu disambut dengan penuh keazaman,iltizam serta komitmen untuk menjalani kehidupan sebagai umat Islam yang lebih berkualiti dan mampu menjadi contoh(role model) kepada yang lain.Jangan hanya berbangga dengan dilahirkan Islam,menggunakan nama Islam,Islam hanya di kad pengenalan tetapi tidak menjiwai watak seorang Islam yang sejati seperti sepatutnya.
Dalam peristiwa hijrah,Rasulullah S.A.W bermula dengan membina masyarakat yang berakhlak mulia.Hanya dengan sifat dan akhlak mulia sahaja yang mampu menjamin perpaduan .Itulah penting sekali setiap daripada kita menyemai rasa dan sifat yang menonjolkan peribadi mulia supaya dapat membentuk masyarakat yang hebat tamadunnnya.Rasulullah s.a.w bersabda”Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia..”(HR Ahmad & Al-Hakim) dan sabda Rasulullah S.A.W “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang yang baik”(HR Abu Daud & Tirmizi).
Rasulullah s.a.w melancarkan seruan dakwah dengan dua keadaan iaitu secara rahsia dan terbuka .Sejak daripada itu bermulalah penentangan hebat yang menyaksikan pelbagai penindasan serta perpecahan antara penduduk Makkah.Kebangkita umat Islam di Makkah semakin memuncak sehingga penentangan mereka terhadap golongan kafir Quraisy menjadi-jadi.Pembesar Quraisy tidak senang duduk melihat kebangkitan itu lalu menanam benih keraguan di hati masyarakat Makkah.Mereka mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai ganjaran seperti wanita cantik,harta dan pangkat.Malah tawaran-tawaran itu turut diberikan kepada Baginda S.A.W sebagai syarat menghentikan gerakan dakwah.Apabila umat Islam memilik kesungguhan untuk mengubah diri mereka,ALLAH SWT pasti membantu hamba-Nya.
ALLAH SWT berfirman:”Wahai orang yang beriman,kalau kamu membela(agama) ALLAH SWT,nescaya ALLAH SWT membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”(Surah Muhammad:7)
Akhirnya,penghijrahan Rasulullah S.A.W membuahkan hasil apabila berjaya mengubah perilaku buruk seperti permusuhan kepada persaudaraan.ALLAH SWT berfirman.”Dan orang(Ansar)yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka,mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka,dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan yang berhajatkan apa yang sudah diberi kepada orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan dan sangat-sangat berhajat.Dan( ingatlah),sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi tabiat bakhilnya,maka merekalah orang yang berjaya.(Surah al-Hasyr:9)
Di Madinah al Munawarah,tugas Rasulullah S.A.W lakukan adalah menyatukan persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.Baginda mengasaskan masjid pertama sebagai tempat ibadat,penyebaran ilmu serta tempat penyatuan hatu umat Islam.Yathrib ditukar nama Madinah al-Munawwarah(Bandar bercahaya)serta memeterai Piagam Madinah .Nabi Muhammad juga menjalinkan hubungan antara kabilah serta penduduk tempatan selain merangka kaedah membasmi kemiskinan dan memperkuatkan keselamatan negara.
Sebagai manusia biasa yang tidak sunyi daripada melakukan dosa sama ada dosa besar mahupun dosa kecil,penghijrahan utama yang perlu dilakukan adalah menukarkan sifat mazmumah kepada sifat-sifat mahmudah,andai kata selama ini hati kita dipenuhi dengan sifat-sifat yang kurang baik,jadi bersempena kedatangan Maal Hijrah yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi,marilah kita sama-sama ambil peluang untuk membersihkan dan menyucikan hati nurani kita.Keazaman yang jitu untuk berubah perlu disertai dengan tindakan yang akan menggerakkan azam kita menjadi kenyataan kerna jika hanya tahu pasang azam yang tinggi melangit,tetapi perancangan yang spesifik tidak dilakukan,akhirnya semau azam kita hanya tinggal angan-angan kosong dan tidak bermakna.
Untuk merealisasikan suatu cita-cita tak lengkap jika tidak ada ujian dan cabaran,jadi kita haruslah bersedia mental dan fizikal supaya dapat melawan kepayahan yang bakal ditempuhi dengan tekun.Dalam realiti kehidupan kita sebagai hamba Allah dan juga sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W...kita perlu tanamkan serta suburkan jiwa ini dengan iman iaitu dengan berzikir,memahami al-Quran selain berjihad.Jihad pula kerja keras yang dilakukan dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh dan penuh pengharapan agar jihad kita diterima sebagai amalan soleh supaya beroleh keberkatan dan keredhaan dari ALLAH SWT..insyaAllah..andai kita sedar betapa setiap hari kita sentiasa berjihad iaitu berperang dengan nafsu kita sendiri.Moga ALLAH SWT sentiasa memberi hidayah dan petunjuk kepada kita dalam mengemudi hidup ini yang penuh onak duri supaya tidaklah kita terjerumus ke lembah kehinaan..amin..
Sebagai manusia biasa yang tidak sunyi daripada melakukan dosa sama ada dosa besar mahupun dosa kecil,penghijrahan utama yang perlu dilakukan adalah menukarkan sifat mazmumah kepada sifat-sifat mahmudah,andai kata selama ini hati kita dipenuhi dengan sifat-sifat yang kurang baik,jadi bersempena kedatangan Maal Hijrah yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi,marilah kita sama-sama ambil peluang untuk membersihkan dan menyucikan hati nurani kita.Keazaman yang jitu untuk berubah perlu disertai dengan tindakan yang akan menggerakkan azam kita menjadi kenyataan kerna jika hanya tahu pasang azam yang tinggi melangit,tetapi perancangan yang spesifik tidak dilakukan,akhirnya semau azam kita hanya tinggal angan-angan kosong dan tidak bermakna.
Untuk merealisasikan suatu cita-cita tak lengkap jika tidak ada ujian dan cabaran,jadi kita haruslah bersedia mental dan fizikal supaya dapat melawan kepayahan yang bakal ditempuhi dengan tekun.Dalam realiti kehidupan kita sebagai hamba Allah dan juga sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W...kita perlu tanamkan serta suburkan jiwa ini dengan iman iaitu dengan berzikir,memahami al-Quran selain berjihad.Jihad pula kerja keras yang dilakukan dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh dan penuh pengharapan agar jihad kita diterima sebagai amalan soleh supaya beroleh keberkatan dan keredhaan dari ALLAH SWT..insyaAllah..andai kita sedar betapa setiap hari kita sentiasa berjihad iaitu berperang dengan nafsu kita sendiri.Moga ALLAH SWT sentiasa memberi hidayah dan petunjuk kepada kita dalam mengemudi hidup ini yang penuh onak duri supaya tidaklah kita terjerumus ke lembah kehinaan..amin..
panjangnya adik entry nya...hehe...selamat berblog, moga da manfaat yg boleh di sampaikan pd sume...sayang kamu kerna Allah...
ReplyDeletekak ain.kita budak baru belajar kalu salah tolong tunjukkan...insyaAllah..mana yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT,mana yg kurang itu datang dari kelemahan diri kita sendiri..sayang kamu kerna ALLAH SWT...hehehe
ReplyDelete