halwa telinga

Wednesday, March 5, 2014

Debat Antara al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a dengan Atheis






Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua

Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga

Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3

Pemuda: “Nombor sebelum 3?”

Atheis: “Nombor 2″

Pemuda: “Nombor sebelum 2?”

Atheis: “Nombor 1″

Pemuda: “Nombor sebelum 1?”

Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.
Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.


Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

Wednesday, December 25, 2013

Aku Wanita Biasa

Assalamu'alaikum, sharing is caring...=)

*********************************************

Jika Ustazah yang kau impi,
maka itu bukan aku,
jika selebriti popular yang kau dambakan,
itu juga bukan aku,
Jika bak ustazah Pilihan yang kau mahukan,
jauh sekali bukan aku,
jika puteri raja yang kau impi,
pastinya juga bukan aku,
jika orang kaya pilihan mu,
itu bukan aku,
Jika hafizah yang kau dambakan,
aku bukan orangnya,
Jika yang cantik dan sempurna yang kau mahukan,
itu juga bukanlah aku
kerna aku hanya wanita biasa
maafkanlah aku
kerna tidak dapat menjadi seperti yang kau pinta,
kerna aku adalah aku

***** 
Kau lelaki soleh,
beragama dan akhlak mulia,
disanjungi dan disukai ramai,
dari keluarga yang dihormati.

Sedangkan aku,
cuma wanita biasa,
dari keluarga biasa,
wanita jalanan serba kurang.
Takda apa-apa istimewa.

Maka,
layakah diri ini untuk ditempatkan dalam hati dan hidupmu?
(Haslinda Alias)

****************************
 Kata-kata ini saya ambil dari status sahabat-sahabat fb. Kadang kata-kata mereka mengetuk hati ini untuk lebih menyedari dan menginsafi diri..
diri ini sememangnya serba kekurangan, 
tetapi kita sepatutnya menjadi lebih bersyukur,
Allah sentiasa menerima kita apa adanya..
Walau kita sering leka dan melupai DIA yang lebih berhak kita utamakan..
Allah..Allah..Allah..
Apakah kita sudah cukup mencintai Allah dan Rasulullah?
jawabku..aku belum cukup mencintai Allah dan Rasulullah,
disebabkan itu..
Aku mengharapkan kehadiran seseorang yang dapat 
mendekatkan aku kepadaNya..
membawa dan membimbing aku ke jalan yang DIA redhai..
Aku percayakan ketentuan Allah...in shaa Allah..
sebagai manusia, 
kita merasa yakin kepada Allah..
kerana apa?
kerana Allah lebih Mengetahui apa yang tidak kita ketahui...
Allahumma..

Tuesday, December 24, 2013

Aku Sudah Bertunang



Assalamu’alaikum..sudah agak lama diri ini menyepi dari meng’update’ blog..maklumlah, kesibukkan diri sebagai mahasiswa tahun akhir dan sebagai pekerja partimer ni..masa begitu mencemburui diriku..Alhamdulillah, malam ni berkesempatan untuk membuat sedikit coretan untuk tatapan pembaca-pembaca sekalian , harapnya bermanfaat buat kita semua..in shaa Allah..coretan ini kuperolehi dari blog seorang kakak “Insyirah Soleha”, ..terima kasih kak , saya minta izin untuk share entri ini sebagai pengajaran buat kita semua..in shaa Allah..bergetar hati ini saat membaca isinya..’jodoh’ yang pasti ..kematian..yang kita tak tahu bila, dan dimana kita akan dipertemukan dan diijabkabulkan dengan jodoh kita ini…semuanya rahsia Allah s.w.t..

“kisah ini bukan kisah sesiapa, ianya KISAH KITA…samada yang membaca ataupun tidak”

***********************************

Hari-hari yang berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang , terasa nusrah Illahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha suci Allah yang mengangkat aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihatku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah juga aku bias bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia yang lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama…Negeri Barzakh, In shaa Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku yang berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tanganku yang memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diamku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diamku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan bertuah itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab penuh dengan tatasusila.

“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”

Aku menjawab tenang.. “Warna putih ,bersih..”

“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”

“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubbah. Jangan berlebihan.”

Ibu mengangguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu persatu..helaian demi helaian naskhah yang begitu meyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. “Malam Pertama..”. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan tetap sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak dari hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang Al-Quran.  Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudha meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang.. As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Insyirah, siapa tunang akak?Mesti hebat orangnya. kacak tak?”

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

“In Shaa Allah. ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”

Berita itu membuatkan beberapa orang mula menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku diamkan perkara yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

“jangan lupa jemput ana di hari pernikahan nanti, jangan lupa!”

Aku hanya tersenyum entah keberapa sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandaikan aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan diriku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilanganku apabila setiap waktu terluang aku habiskan dengan as-Syifa’ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”

Aku tiada jawapan khusus.

“In shaa Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…”Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.

“kalau enti tak datang pun ana tak akan berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” 

Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahanku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

“In shaa Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsiaku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara mengejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakana sekali lagi kepada ibu..

“Usah berlebihan ya…”

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

“Insyirah,jom makan!”

AKu tersenyum lagi..Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

“Tafadal, ana puasa..”

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat..Tarikhnya tak tetap lagi ke?”

“Bukan diet, mahu mengosongkan perut..Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku,itu sahaja.

***********************
“innalillahi wainna ilaihi rajiun..”

“Tenangnya..SubhanaAllah..Allahuakbar…”

“Ya Allah..tenangnya..”

“Moga Allah memberkatinya..”

Allah, itu suara sahabat-sahabatku, teman-teman seperjuanganku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemputnya sendiri.

Akhirnya, mereka mengetahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahanku..Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya Illahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hambaMu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…

“Insyirah bertunang dengan siapa, makcik?”

Ibu menjawab tenang.. “Dengan kematian, wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulag belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki, juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”

“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”

Ibu angguk , tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya..” . Senaskhah buku bertukar tangan, karangan Dr
Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk “Malam Pertma di Alam Kubur”.

“Ya Allah, patutlah Insyirah selalu menangis..Khalilah tak tahu makcik.”

“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..”

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku dirisik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diriku kepada Allah. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari Allah yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah' bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaknya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”



****************************

SubhanaAllah…sungguh beruntung mereka yang telah dikhitbah terlebih dahulu, sekurang-kurangnya mereka tahu tarikh nikah mereka walaupun sebenarnya tarikh keramat itu ialah rahsia Allah..ajal maut, jodoh pertemuan semuanya rahsia Allah…setiap dari kita yang menyedari hakikat kematian itu, hendaknya sentiasa mempersiapkan diri serapinya..

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita..Cukuplah kita menyedari bahawa akan tiba saatnya kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. KULLU NAFSIN ZA”IQATUL MAUT…

Ketika tangan ini sedang menekan keyboard, mendapat perkhabaran seorang kakak , Mumtazah Maridi sedang kritikal di wad icu..mohon doa semua untuk Kak Mum, insan yang pernah hadir dalam hidupku..menyedarkan kami tentang banyak perkara. Kasihan kat anaknya Rasya yang masih kecil dan merindukan sentuhan dan belaian umminya. Semoga Rasya kuat , sekuat Kak Mum…amin.


Wednesday, December 11, 2013

Old Malaya Kopitiam (OMK..)


Hari ni lunch sampai ke Selangor..hehe..jauh tak?? penat berjalan, singgah di sebuah restoran yang berdekatan…OMK..bukan Ooo Mak Kau…tapi.. Namanya agak unik, Old Malaya Kopitiam. Sebagai orang Islam, kita kena menitik beratkan ke'halal'lan apa yang kita makan..Selalunya kopitiam ni ownernye cina, tapi kopitiam yang kami jumpa ni ownernyer orang Islam..alhamdulillah..tak perlu ragu-ragu dan tak perlu memeningkan diri bagi sesiapa yang buntu mahu mencari kopitiam yang halal di sekitar Shah Alam..Old Malaya Kopitiam lah tempatnya…J

Lokasinya strategik di Shah Alam..letaknya di Seksyen 7, Shah Alam, berhadapan dengan Universiti Teknologi Mara (uitm) Shah Alam..untunglah student uitm Shah Alam, tak usah pergi jauh-jauh, dah tersedia di depan mata…jalan kaki pun boleh dari  datang makan di sini...amat sesuai kalau nak bawak keluarga sekali..OMK juga berdekatan dengan Jakel, kalau penat shopping, bolehlah menghilangkan penat di OMK, tapi hanya perlu berjalan sikit jerla..…J

Kami memilih untuk berada di luar OMK sahaja, boleh hirup udara yang segar dan menikati pemandangan di sekitar itu. Belum pun sempat kami melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia, pelayan OMK sudah bersedia dengan beberapa menu book di tangan dan mendapatkan kami.

dekorasi di luar OMK..:)

Terdapat tanda logo Halal Jakim yang diletakkan di hadapan pintu masuk, menunjukkan OMK sebuah restoran yang tak perlu diragukan lagi.. Mata beralih pula pada menu book yang lengkap dengan senarai makanan ala carte yang menarik, tertarik, kau memang da boom….hehe..siap dengan harganya sekali..senang nak bajet belanja nanti…hehe..yang seronoknya, OMK juga menyediakan perkhidmatan Wifi percuma kepada semua pelanggannya…passwordnya jugak ada tersedia sekali dalam menu book tu…tapi takde hargalah…kate percuma kan….hehhe..Sambil menunggu order kami sampai, bolehlah meng’online’kan diri kejap.. J

dari kiri : "Honey Lemon", "Lime Asam Boi" & "Tea 3 Lapis"...

"Fried Rice with Fried Battered Fish Fillet"...Mak aihh namenye pon dan sedap...hhe

"Fried Rice with Chicken Chop",..cubalah..sedap...:)

Tak lama pun kami tunggu order kami sampai..bak kata, baru nak masukkan password wifi, order kami dah sampai…wahh..cekap sekali servicenyer…hehe..bagus tak..??..makanan yang kami order memang nampak menarik dalam menu book, tapi …lebih-lebih menarik bila di depan mata kami…”Fried Rice Chicken Chop” and “ Honey Lemon” …fuuhhh…tak sabar nak makan…harganya memang amat berpatutan dengan hidangan yang disediakan…nampaknya semua tengah lapar…makanan pun nampak  best jer…memang best pun…hehehe…rasernye memang macam Ooo Mak Kau lahh... J


(Roti John Kg Baru...menarik kan?)

(rojak buah)


 Pas2 makan berat, cuba pulak OMK punyer desert..Roti John Kg Baru..memang mengiurkan, saya cadangkan kalau kome nak datang sini, cuba pekena roti john dia sekali…memang lain daripada yang selalu dijual di pasar2 malam..roti dia rasa lain..bestla..first time makan roti john yang special gini....

Ehhh..Pelayan dia datang lagi…kali ni bawak rojak buah pulak..wahh..hiasan yang agak special membuatkan tangan ini tidak sabar mahu memegang lidi pencucuk untuk mencucuk orang…hihi…taklah..cucuk buah2 yang telah dirojakkanlah awak…kuah dia cukup rasa manis masamnya..

Ehhh..lupa lak..Old Malaya Kopitiam ni jugak ade surau dan toilet taw, so, korang tak perlu risau kalau mahu datang bila-bila pun..Masjid pun dekat dengan OMK..suara azan memang dapat dengar dengan jelas dari OMK...Surau dia ada kat belah atas..lepas menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, bolehlah order menu baru yang belum pernah dicuba..hasilnya, kome pasti berpuas hati ..in shaa Allah..belum cuba belum tahu, sekali cuba hari-hari mau….hehehe..thumbs-up!!



JJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJ

sempat snap beberapa pics menu hidangan yang disediakan di Old Malaya Kopitiam, manalah tahu, pas2 ni teringin nak p lagi kan..boleh ajak ghamai-ghamai lagi mai OMK ni......:)



English budget..

noodles..

Main Budget..


Good Morning menu & LiteBites..




ni pandangan kat dalam OMK...



antara anugerah-anugerah yang diperolehi oleh OMK...


kemas dan teratur...




SELAMAT MENCUBA DARI KAMI..CUBALAH, KOMPEM ANDA NAK DATANG LAGI....=)


Saturday, December 7, 2013

::Usrah dan Aku::

Assalamu’alaikum…

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Setiap orang pasti ada kisah penghijrahan masing-masingkan. Berhijrah dari yang kurang baik kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik. In shaa Allah. Begitu juga diriku yang juga melalui arus perubahan berkat hidayah dan rahmat kurniaanNya .Alhamdulillah. setiap orang itu berbeza perjalanan hidupnya. Tetapi percayalah, Allah mengaturkan sesuatu yang cukup indah buat kita hamba-hambaNya. Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui sebab itu Allah memberikan sesuatu yang kita perlukan bukannya apa yang kita inginkan. Bersyukurlah kita menjadi insan yang terpilih untuk menerima hidayahNya daripada beribu-ribu orang yang di luar sana yang masih terkapai-kapai mencari sinar kehidupan mereka. Alhamdulillah.

Apa yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca sekalian adalah mengenai usrah. Kebanyakkan orang mempunyai pelbagai persepsi berbeza terhadap usrah samada positif dan negatif. Termasuklah diri sahabat saya(minta dirahsiakan namanya) yang tidak pernah terdedah dengan dunia usrah sebelum ini.

Ikuti perkongsian kisahnya..in shaa Allah.

 Dulu aku hanya bersekolah harian biasa, memang tiada gerakan usrah yang dibuat. Jadi, aku tidak tahu apa yang mereka buat apabila usrah dan mulalah timbul pelbagai persoalan di benakku ini.

Apabila masuk universiti, kulihat usrah semakin giat dijalankan dan di universiti, aku ditakdirkan mendapat seorang rakan sebilik yang bertudung labuh dan memang komited terhadap usrah. Suatu hari aku bertanya kerana sering melihat dia keluar di hujung-hujung minggu. Waktu itu, aku tidak tahu bahawa dia mengikuti usrah.

“Kilah, awak nak pergi mana ni?” tanyaku tika melihat dia bersiap-siap. Dengan senyuman dia menjawab.

“Saya ada usrah pagi ni, awak nak ikut sekali?jomlah.” aku hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan alasan hari itu aku mahu siapkan tugasan. Kilah hanya mengangguk tanda memahami.

Aku merasakan jika aku ikut sekali, pasti aku seorang yang bertudung kecil. Bagiku, usrah ni hanya untuk golongan bertudung labuh kerana rata-rata yang kulihat mereka yang ikut usrah memakai tudung besar, paling kecil pun mungkin bidang 50. Keadaan itu membuatkan aku menjadi segan untuk meletakkan diri aku sebaris dengan mereka, tambahan lagi, aku juga ber’couple’. Bisikan syaitan lagi.

‘Kalau kau masuk geng diorang, mereka akan memaksa kau putuskan hubungan kau dengan teman lelaki kau, apa yang kau suka buat sebelum ni, kau takkan dapat buat lagi selepas ni..’Aku mendengar kata-kata itu dengan tidak melibatkan diri dengan geng usrah meskipun, Akilah tidak pernah berhenti mengajakku iku bersama.

Suatu hari, tergerak di hati ingin bertanya kepada Akilah mengenai usrah. Entah kenapa hati ini meronta-ronta mahu mengetahui apa yang dibuat sewaktu usrah sehingga seorang rakan baikku , Diana berubah menjadi seorang yang lebih baik setelah mengikuti usrah. Padahal dulu, Diana dan aku mempunyai persepsi yang sama mengenai usrah dan style kami juga sama.

“Kilah, boleh saya tanya sikit pasal usrah?” Akilah yang ketika itu sedang membaca buku terus terhenti lalu menumpukan perhatian padaku menunggu aku meneruskan kata-kata.

“apa yang korang buat  bila usrah?”soalku ringkas.

“Macam-macam yang kami buat..tadabbur, perkongsian ilmu, rehlah, main-main, mabit dan macam-macam lagi. Saya rasa kalau awak ikut sekali, awak akan tahu apa yang kami selalu buat.

‘mabit?rehlah?tadabbur?apa tu?kenapa aku tak pernah dengar perkataan-perkataan tu?’aku bertanya pada diriku sendiri. Malu untuk kuluahkan persoalan-persoalan itu. Aku membiarkan ianya menerawang di benakku.

“seganlah saya mahu ikut sekali, saya tak baik macam awak dan macam yang lain-lain..”ujarku merendah diri.

“kenapa fikir macam tu, kami-kami pun tidak baik tapi sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk ke arah yang lebih baik. Sebenarnya, dengan usrah ni, kita dapat saling menegur dan menasihati tentang sesuatu perkara. Rasulullah s.a.w dulu pun ada usrah. Usrah itu sunnah Rasulullah s.a.w”

‘Rasul pun ada usrah?’aku bermonolog lagi. Kagum kerana insan semulia Rasul pun masih ikut usrah. Inikan pula kami manusia yang selalu berbuat dosa. Minatku semakin kuat untuk mengetahui tentang usrah.

“betul ke selepas kami join usrah, nanti kami tak dapat lagi nak buat apa yang selalu kami buat?”

“itu sejauh mana diri kita ditarbiah dalam usrah. Itu bergantung kepada tahap kesedaran kita samaada apa yang kita suka buat itu memberi kebaikan kepada kita atau sebaliknya. Jika memberi kebaikan maka teruskanlah, jika tidak, maka kita kena usaha untuk menjauhinya. Naqibah tidak hanya menyampaikan dan memberi peringatan kepada kita berpandukan Al-Quran. Saya nak ajak awak join sekali?mungkin awak akan lebih jelas tentang peranan usrah yang memang penting masa kini?” panjang lebar penerangan Akilah kepadaku. Aku mulai merasakan ada betulnya kata-katanya itu. Mungkin aku akan lebih faham lepas ni. Aku lalu menganggukkan kepala tanda setuju.

‘Don’t judge  the book by its cover ’ . Pepatah Inggeris yang kena dengan diriku saat itu.

Hatiku berdebar-debar saat dibawa oleh Akilah ke tempat usrahnya. Kedatangan kami disambut dengan mesra dan senyuman dari anak-anak usrah yang lain. Mereka saling menyalami dan berpelukkan da kemudian berlaga-laga pipi saat bertemu. Aku tidak pernah begitu. Mereka melayanku seolah-olah sudah lama kenal. Saat itu aku merasakan ukhwah antara mereka yang tidak pernah aku rasakan.

‘kita akan menemui diri kita yang sebenar ketika di universiti, bergantung kepada dengan siapa kita berkawan. Jika sahabat yang kita pilih itu baik, maka kita akan terdorong ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya. Jadi pilihlah sahabat yang berupaya mendekatkan diri kita kepada Allah dan jadilah sahabat yang baik untuk turut mengajak sahabat-sahabat kita yang lain  ke  arah kebaikan dan mendekati Allah’

Aku memandang Akilah yang sedang asyik mencatit kata-kata naqibah. Hati aku terasa bagaikan disentap. Selama ini, rakan yang aku temui hanya untuk ketawa bersama-sama. Tanpa disedari, kolam air mata mulai bergenang. Entah kenapa, airmata begitu murah waktu itu. Sudah lama kukiran, aku tidak keluarkan airmata ini. Mujurlah tiada siapa yang menyedari keadaan itu.

‘Semakin kita ingin berubah kea rah kebaikan, semakin banyak ujian untuk kita. Kakak nak antum semua tahu yang ujian itu adalah untuk menguji keteguhan iman kita untuk berubah. Teruskan bermujahadah. Sungguh mujahadah itu payah, kerana syurga itu manis. Saat itulah kita perlukan sahabat-sahabat untuk saling menguatkan kerana bimbang kita tidak tahan dengan ujianNya yang mungkin berupa kritikan, herdikan dan sindiran daripada orang sekeliling. Waktu itulah sahabat berperanan penting.’

Aku memandang Akilah lagi. Kali ini kami saling berpandangan dan Akilah kemudian menggosok-gosok bahuku. Terasa ada kekuatan yang mengalir dalam tubuhku. Kini aku merasai nikmatnya usrah bersama-sama mereka yang mencintai Allah dan mencari keredhaan Allah. Selama ini aku hanya memikirkan dunia tanpa memikirkan makanan untuk rohaniku yang kering kontang.


Kini, aku sudah beberapa kali mengikuti usrah dan begitu banyak perubahan yang aku lakukan dalam hidupku. Di dalam usrah ini, aku menyaksikan banyak airmata yang mengalir yang menyedari kesilapan masa lalu. Betapa banyak pengalaman yang dikongsi oleh mereka-mereka sebelum mereka kembali kepada jalan Allah. Ternyata, masih ada insan-insan yang menempuhi saat-saat yang lebih sukar dariku semata-mata untuk mencari redha Allah dan untuk merasai nikmatnya sebuah hidayah dari Allah itu.

Aku bermula dengan tudung bidang 50, dan perlahan-lahan kepada bidang 60. Sungguh kutidak percaya apa yang terjadi pada diriku sekarang. Prosesnya agak sukar kerana aku terpaksa berdepan dengan sindiran demi sindiran dari rakan-rakan sekuliah. Mujur ada Akilah yang menguatkan aku untuk teruskan perubahan ini. Saat yang paling sukar buat aku ialah saat mahu memutuskan  perhubungan dengan teman lelakiku. Tidak mampu kuluahkan dihadapannya, lalu kusampaikan melalui surat dan SMS. Aku turut mengajaknya untuk berubah sama. Namun herdikan yang kuterima. Dia tidak dapat menerima perubahan pada diriku dan dia memarahi diriku kerana mudah terpengaruh dengan geng usrahku hingga dengan mudahnya melupakan perhubungan istimewa kami . Tuduhan demi tuduhan terpaksa kuhadapi. Aku akui bukan mudah untuk berubah. Inilah harga yang perlu aku bayar untuk untuk mendapat redhaNya.

‘Allah akan bayar apa yang kita hadapi ini dan setiap peluh yang kita keluarkan untuk menutup aurat kerana mematuhi perintahNya  di akhirat..in shaa Allah.’ kata-kata semangat dari Akilah. Dia amat memahami keadaanku waktu itu. Aku bersyukur kerana Allah menghadirkan dirinya.

Kini, waktu-waktu sedih sudah pun berlalu pergi. Aku lebih tenang dengan jalan yang baru ini. Allah telah menunjukkan padaku siapa sahabat dan siapa kawan yang sebenar. Kurasakan begitu indah takdir hidupku. Alhamdulillah , keluargaku menerima perubahan diriku dengan lapang dada dan turut menguatkan aku. Aku bersyukur kerana ibu dan kakakku juga mempunyai niat untuk berubah kepada yang lebih baik. Aku ingin melempiaskan aura-aura kebaikan ini kepada sesiapa sahaja yang kutemui. Ibaratnya, jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita juga akan turut dipercik oleh wanginya. teringatku dengan kata-kata naqibah, Kak Yusra.
******************************************

(sekadar gambar hiasan)

‘Apa sahaja yang kita korbankan semata-mata kerana Allah, in shaa Allah, dia akan menggantikan sesuatu yang lebih baik’

Kukira apa yang kukorbankan terlalu sedikit dibandingkan nikmat yang terlalu besar yang dianugerahkannya iaitu nikmat Islam dan Iman. Nikmat menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w adalah nikmat yang paling besar. Tanpa perjuangan dan jerih payah Nabi kita, kita takkan dapat merasai Islam sekarang ni..Alhamdulillah.

Persepsi bahawa “geng usrah untuk geng tudung labuh dan untuk orang-orang baik” sahaja itu harus diperbetulkan. Kerana ukuran iman dan takwa bukan pada tudung dan kopiah yang kita pakai, tapi pada hati kita. Sesiapa yang ingin berubah kepada kebaikan seharusnya mencari jalan untuk menggapai hidayah samada melalui usrah dan majlis-majlis ilmu. Memang tak dapat dinafikan, bahawa tidak semua perempuan yang bertudung tu baik, tapi perempuan yang baik pasti akan bertudung dan menutup aurat. Kita adalah golongan yang sangat mudah masuk ke syurga , dan paling mudah juga masuk ke neraka. Jika kita tidak menjaga aurat kita, tidak hanya kita yang akan ke neraka, malah ayah, abang, adik lelaki dan saudara-saudara lelaki kita akan turut sama terheret ke neraka. Nauzubillah. Semoga Allah memelihara kitaa dari azab api neraka. Semoga kita sama-sama menjadi ‘penjual wangian’ yang bias memercikkan wangian kepada insan-insan lain agar turut merasai wanginya ‘haruman’ itu iaitu haruman syurga.

"Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkan istighfar, kerana sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu golongan yang paling banyak sekali antara AHLI NERAKA."
- HR Bukhari dan Ibn Majah


Allah. Kisah di atas ialah sedikit perkongsian dari sahabat saya sebenarnya yang mendapat hidayah melalu penyertaannya dalam usrah. Jalan kita untuk masuk syurga tidak perlu bayaran apa-apa melainkan mujahadah kita. Saya tidak dapat menceritaka detail mengenai siapa sahabat yang saya maksudkan. Yang penting, sedikit sebanyak mudah-mudahan dapat mengetuk pintu-pintu hati insan yang mungkin juga masih tercari-cari. Lazimkanlah diri ke majlis-majlis ilmu. MasyaAllah banyak ilmu yang bakal kita perolehi untuk rohani kita. In shaa Allah. Barakallahulakum.